berita

4 Tuduhan Ini Mungkin Buat Najib Meringkuk 20 Tahun Dalam Penjara

July 4th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah pagi ini bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berhubung tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta.

Najib yang hadir dengan kot biru dan berseluar biru gelap dilihat tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

3 tuduhan pecah amanah

Menurut laporan Harian Metro,  sebanyak tiga tuduhan pecah amanah jenayah dikenakan ke atas Najib. Pertama, Najib, selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun selain dikenakan hukuman sebat dan didenda.

Mengaku tidak bersalah

Bagi tuduhan rasuah, bekas Perdana Menteri itu didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya dalam bentuk wang tunai berjumlah RM42 juta.

Suapan berkenaan berlaku ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan kepada SRC International.

Tuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri Precint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh menerima hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah, walaupun pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib adalah kesalahan tidak boleh dijamin, bagaimanapun pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan.

 Tommy Thomas ketuai pasukan pendakwaan

Bekas PM itu diwakili oleh barisan tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah. Manakala pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas serta dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pasukan pendakwaan

1. Tommy Thomas

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

3. Manoj Kurup

4. Datuk Shuhaimi Ibrahim

5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar

6. Datuk Ishak Mohd Yusof

7. Donald Joseph Franklin

8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

9. Budiman Lutfi Mohamed

10. Sulaiman Kho Kheng Fuei

11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul

12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Datuk Raj Krishnan

4. Farhan Read

5. Rahmat Hazlan

6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee

7. Syahirah Hanapiah

The following two tabs change content below.

×