berita

Foto Selebriti Sekitar Majlis ‘Malam Bersama Bintang’

January 11th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Semalam telah berlangsungnya majlis ‘Malam Bersama Bintang’ anjuran pihak TV3, bertempat di Restoran Flora Terrace, Kuala Lumpur. Majlis yang penuh meriah ini telah di hadiri oleh ramai pelakon-pelakon hebat yang kebanyakannya sedang muncul di kaca TV menerusi drama masing-masing.

Secara umumnya, majlis ini diadakan bagi menyatukan kesemua pelakon-pelakon yang terdiri daripada beberapa drama rantaian di TV3 seperti Hanya Padamu (Slot Zehra, setiap Jumaat, 9.00 malam), Ruby (Slot Samarinda, setiap Selasa hingga Khamis, 10.00 malam), Cinta Qaseh (Slot Lestary, setiap Selasa, 9.00 malam) dan yang terbaru Janji Shirah yang bakal menemui para peminat drama pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Antara pelakon-pelakon yang hadir di majlis ini adalah Nabila Huda, Siti Saleha, Mila AF, Nubhan AF, Shah Jaszle, Wawa Zainal, Sharnaaz Ahmad, Emelda Rosnaida serta Adi Putera.

Pada malam yang penuh meriah ini, lensa kamera OHBULAN! telah sempat merakamkan beberapa foto pelakon-pelakon yang hadir untuk tatapan para peminat drama tempatan. Jom lihat foto-foto artis kesayangan anda selepas ini.

SKIP THIS AD ×