berita

43 Gelandangan Ibu Kota Berhijrah Selepas Diterima Bekerja

May 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah memberi inisiatif kepada gelandangan di ibu kota untuk di temu duga bagi mendapat pekerjaan. Inisiatif tersebut telah mendapat sambutan bagi mengubah nasib gelandangan untuk memulakan kehidupan baru.

Menerusi laporan Berita Harian, seramai 43 individu yang merupakan kumpulan pertama gelandangan telah berhijrah ke Setiawan Perak bagi memulakan pekerjaan. Mereka telah diterima untuk bekerja dengan beberapa syarikat dan turut menerima kemudahan tempat tinggal.

Tawaran gaji agak lumayan bagi permulaan

Menurut Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan, kumpulan pertama itu telah dipilih oleh beberapa syarikat termasuk kilang pembuatan makanan. Tambahnya lagi, mereka ditawarkan gaji yang agak lumayan bagi permulaan bekerja iaitu sekitar RM1400 hingga RM1600 sebulan.

Manakala seramai 96 individu lagi bakal terbabit dengan kerja pembungkusan barangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Anjung Singgah selepas diterima berkerja di Top Glove Sdn Bhd.

Kursus sebulan sebelum kerja DBKL

Sementara itu, kira-kira 200 orang pula akan dibawa untuk berkursus selama sebulan untuk meningkatkan potensi mereka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum diambil bekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jadi kita harap 500 gelandangan selepas ini yang ditemuduga akan mendapat kerjaya baharu kerana mereka yang dikenal pasti ini produktif, boleh bekerja, sihat tubuh badan dan usianya masih boleh bekerja.

Selain itu, kira-kira 200 individu bakal dibawa untuk berkursus selama sebulan sebelum diambil bekerja bersama DBKL. Dia turut berharap agar 500 gelandangan selepas ini bakal mendapat pekerjaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua syarikat berkenaan yang menyahut seruan kita untuk memberi peluang kepada gelandangan ini.

Malah jika ada permintaan lain seperti di pasar borong yang memerlukan tenaga kerja kita akan usahakan. Ini kerana jika ikutkan permintaan itu lebih yang sebagai contoh syarikat di Setiawan inginkan 200 pekerja namun kita hanya boleh menghantar 43 orang dahulu.

Tambahnya lagi, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain untuk membantu gelandangan luar dari ibu kota untuk turut memperoleh pekerjaan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×