berita

5 Artis Termasuk Penyanyi, Pelakon & Pengacara Nabil Ahmad Dipanggil SPRM Berhubung Isu Macau Scam

November 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta para selebriti dan ahli perniagaan yang terlibat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Macau Scam untuk tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Akan Beri Muka Kali Ini’ – Zulin Aziz Sangkal Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam

Terbaru, Harian Metro melaporkan seramai lima selebriti termasuk penyanyi, pelakon dan pengacara telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.

Lima selebriti dipanggil SPRM

Menurut sumber, kesemua selebriti yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita telah tampil membantu siastan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan Macau Scam dan perjudian atas talian. Difahamkan, mereka yang dipanggil dipercayai memiliki maklumat berhubung kejadian selain berkemungkinan mempunyai kaitan dalam aktiviti haram tersebut.

Hari ini, lima selebriti membabitkan empat lelaki dan seorang wanita tampil memberi keterangan berhubung kes itu. Mereka adalah pengacara, pelakon dan penyanyi.

Setakat ini, sudah beberapa selebriti tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Nabil tampil beri keterangan

Memetik daripada laporan Harian Metro yang terbaru, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad mengakui bahawa dia telah dipanggil oleh SPRM untuk hadir ke ibu pejabat bagi memberi keterangan berhubung aktiviti penggubahan wang haram terbabit. Nabil walau bagaimapun memaklumkan dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Kes ini sudah selesai. Mereka tanya berkenaan pembukaan kedai minuman Bubble Bee di Seremban dan saya maklumkan ia belum beroperasi lagi. Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat.

‘Allah uji dia’

Tambah Nabil lagi, kedai minuman tersebut kemungkinan akan dibuka selepas kes ini selesai. Hal ini kerana, segala urusan mengenai sewa kedai tersebut diuruskan sendiri oleh Shuib.

Tunggulah kes Shuib selesai baru akan diteruskan. Lagipun semua urusan termasuk sewa kedai dia yang uruskan. Saya memang nak sangat buka kedai itu tapi tetap kena tunggu kesnya selesai.

Saya sangat simpati dengan Shuib. Saya lega apabila tidak dikaitkan tapi saya harap kita dapat doakan untuk Shuib. Allah uji dia dan nak naikkan darjatnya.

Sementara itu, Nabil turut berharap agar kes yang melibatkan rakannya, Shuib dapat diselesaikan dengan segera selain mendoakan supaya Shuib terus kuat menghadapi ujian ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×