berita

5 Benda Best Korang Boleh Expect Bila Artbox Datang Ke Malaysia November Ni. Sure Havoc!

October 17th, 2018 | by Epul
Sponsored Post

Untuk korang yang tak tau Artbox tu apa, meyh kami nak share sikit. Artbox ni konsep dia macam night market. Mula dianjurkan di Thailand pada tahun 2015, Artbox Thailand telah berjaya menarik minat ramai pelancong untuk datang ke Bangkok kerana konsep pasar malamnya yang kreatif.

Apa yang bestnya ialah Artbox buat julung kalinya akan membawa konsep yang sama ke Malaysia pada bulan November nanti tau. Mesti meriah punyalah! Sebab sebelum ni Singapura juga ada menganjurkan Artbox yang berjaya menarik sehingga 757 ribu pengunjung. Wow!

Jom kami share sikit apa yang bakal ada di Artbox Malaysia nanti.

1. Konsep kontena dihiasi lampu fairy light. Cantik weyh!

Artbox Malaysia akan membawakan konsep market sepanjang 5km yang sama macam kat Thailand tau. Seluruh kawasan Artbox akan dipenuhi dengan kontena dan dihiasi dengan lampu yang indah. Ala-ala fairy tale gitu.. Memang cantik kalau korang nak ambil gambar kat kawasan ni. Bolehlah tambah koleksi OOTD korang.

Haa… Save date korang awal-awal untuk event ni:

LOKASI: TEMPAT LETAK KERETA TERBUKA, SUNWAY CITY

TARIKH: 9-11 NOVEMBER & 16-18 NOVEMBER 2018

MASA: 3 PM-11PM

2. Pelbagai pilihan makanan unik & menyelerakan!


Buat food hunter, korang tak boleh lepaskan peluang untuk pergi Artbox Malaysia. Sebabnya terdapat banyak pilihan makanan yang menarik dan mungkin yang korang tak pernah jumpa pon tau.

Untuk yang suka benda-benda yang rare ni, jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan korang luangkan masa ke Artbox. Confirm tak rugi!

3. Syurga dunia buat kaki OOTD…

Artbox juga merupakan tempat yang pastinya menjadi kegilaan korang yang suka berOOTD tu. Nak tau kenapa? Sebabnya, susun atur kontena dan hiasan yang kreatif kat Artbox ni pastinya membangkitkan keinginan korang untuk tangkap gambar dekat setiap penjuru kawasan ni. Yelah korang mestilah nak upload gambar yang cantik untuk feed sosial media korang kan?

4. Persembahan artis dari luar negara..

Tak bestla night market tanpa persembahan muzik kan? Haa.. Dekat Artbox Malaysia ni pon akan ada persembahan daripada artis luar negara yang dibawakan khas tau. Sambil korang jalan-jalan bolehlah korang layan perasaan dengan persembahan akustik dan lagu-lagu yang mempunyai irama merdu. Barulah boleh feeling-feeling sikit.

5. Tak bazaar la kalau takde jual barang!

Selain konsep yang unik, Artbox Malaysia juga membantu peniaga tempatan dengan memberikan mereka platform untuk berniaga. Ini secara tak langsung membantu jenama tempatan untuk berkembang dan lebih dikenali.

thetipsystyler

robinmaymyofficial

So, nanti akan ada banyak booth usahawan dan pereka tempatan dengan harga berpatutan. Paling best, kebanyakkan barangan yang dijual adalah rare okay! Akan ada lebih 300 vendor di sana dan bakal menampilkan vendor yang berbeza setiap minggu supaya korang ada lebih pilihan untuk membeli-belah. Cool kan?

Eh kejap bukan itu saja, kalau korang nak tau, untuk Artbox Malaysia ni, apa yang specialnya ialah terdapat juga penyertaan booth daripada negara jiran kita iaitu Thailand dan Singapura.

moonset_official

wearawish

airmocks

modparade

Jom isi hujung minggu korang November ni dekat Artbox Malaysia!

Buat korang yang sukakan kelainan dan gaya hidup yang hipster, jangan lepaskan peluang korang untuk join Artbox Malaysia ni nanti ya. Gerenti meriah punyalah!

Untuk maklumat lanjut mengenai event ni korang boleh klik je kat sini atau  follow Facebook dan Instagram rasmi untuk Artbox Malaysia ni. Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk meluangkan hujung minggu korang bersama famili dan kawan-kawan di Artbox Malaysia, November nanti.

See you guys there! :)

 

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×