berita

5 Cara Kekalkan ‘Vibes’ Hari Raya Aidiladha Di Perantauan Tanpa Keluarga Tersayang Di Sisi

July 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Beraya di perantauan tanpa keluarga tersayang, ianya pasti akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tapi tak apa jangan sedih! Kami daripada team OHBULAN! nak kongsikan lima cara untuk korang kekalkan ‘vibes’ raya sambil duduk di dalam rumah. #RayaAidiladhaversiPKP2021

Pakai baju raya dan wangi-wangian

Sekadar gambar hiasan

Pakai baju raya dan wangi-wangian merupakan cara pertama untuk korang dapat vibes Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Walaupun tidak dapat pergi beraya ke mana-mana, korang harus mengambil sekurang-kurangnya satu foto untuk dijadikan sebagai kenangan di media sosial, betul tak?. Bagi mereka yang menetap bersama rakan-rakan, gunakan peluang ini untuk merakam sebanyak mana foto dan video bersama. Mana nak tahu, kenangan tersebut mampu menjadi pengubat rindu tatkala korang membawa haluan masing-masing kelak.

Takbir dan solat sunat hari raya

Sekadar gambar hiasan

Bila sebut hari raya sudah pasti akan ada takbir raya. Bagi merasai suasana hari raya, apa kata korang buka takbir raya di Youtube mahupun di kaca televisyen dan radio. Zaman sekarang ni, korang hanya perlu ‘search’ sahaja dan semuanya ada di hujung hari. Dah dengar takbir dan pakai baju raya, korang  jangan lupa solat sunat Aidiladha pula. Walaupun tidak dapat solat di masjid, jadikan pengalaman menyambut hari raya pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Buat korang yang tidak tahu mengenai cara solat sunat Aidiladha, korang boleh klik di link yang kami sediakan ini. Panduan Ringkas Solat Sunat Aidiladha, Boleh Dilakukan Di Rumah.

Masak juadah raya

Sekadar gambar hiasan

Ini paling penting! Kalau tak ada juadah raya, confirm ‘vibes’ raya korang akan kurang meriah. Walaupun kita beraya di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), korang jangan jadikan malas sebagai alasan untuk tidak mahu  masak juadah raya. Guna peluang ini sebagai langkah awal untuk korang belajar masak rendang dan menu-menu simple seperti yang kami kongsikan ini. Resepi Menu Raya Ringkas Sesuai Untuk Si Bujang Di Perantauan, Macam Air Tangan Ibu!

Ziarah secara maya

Sekadar gambar hiasan

Bermaaf-maafan merupakan budaya yang sudah menjadi kebiasaan bagi semua umat Islam di pagi raya. Meskipun tidak dapat merentas negeri dan pulang ke kampung halaman, korang boleh buat panggilan video dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain menerusi telefon mahupun komputer. Zaman canggih ini, korang buka sahaja aplikasi di media sosial dan confirm korang boleh berhubung antara satu sama lain. Alang-alang dah buat panggilan video, korang tunjuk la menu hari raya korang dekat ibu bapa. Mesti kedua-dua mereka bangga melihat anak yang disayangi pandai masak!

Layan program raya

Sekadar gambar hiasan

Tidak boleh dinafikan semua saluran televisyen akan dipenuhi dengan siaran program raya. Oleh itu, korang hanya perlu stanby di hadapan kaca televisyen dan menonton semua program yang disiarkan. Dalam banyak-banyak program raya yang disiarkan, sudah pasti ada di antaranya yang menarik minat korang untuk tonton sampai habis! Malah, beberapa movie dan program pada zaman dahulu turut disiarkan semula oleh sesetengah saluran televisyen bagi menarik minat korang semua.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×