berita

5 Cara Ukirkan Senyuman Di Wajah Ayah Sempena Hari Bapa. Inilah Masa Korang Hargai Mereka!

June 3rd, 2020 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Ayah ni apa orang nak buat semua tak boleh, semua salah!

Pernah tak korang ada anggapan begini pada ayah korang masa kecil? Senang terasa kalau ayah tak nak belikan mainan atau tunaikan permintaan korang? Mungkin semasa kita kecil, figura seorang ayah kelihatan garang pada zahirnya. Namun, itu bukan bermakna ayah tidak pedulikan kita.

Sebagai ketua keluarga, terlalu banyak pengorbanan mereka yang mungkin kita tidak sedari selama ini, termasuklah perasaannya. Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja, biarpun berpenat lelah serta berhujan panas, demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anak yang tercinta. So, nak dekat Hari Bapa ni jom buat ayah korang tersenyum. Senang jer!

1. Ayah nak joran tu? Biar abang belikan!

Korang pernah tanya apa hadiah yang ayah korang nak? Pernah nampak ayah korang belek-belek barang, lepas tengok harga dia letak semula? Sifat semula jadi seorang bapa, sentiasa mendahulukan anak-anak tanpa menghiraukan diri mereka.

Kalau kecil-kecil dulu ayah sanggup berkorban belikan hadiah yang korang inginkan, apa kata kalau korang dah kerja cuba surprisekan ayah korang dengan hadiah yang istimewa, mungkin korang boleh bagi sesuatu benda yang dah lama dia idamkan. Mesti ayah korang senyum sampai telinga. :)

2. Jom kita keluar dinner nak tak ayah?

Ajak ayah pergi date mungkin kelihatan agak janggal untuk kebanyakkan orang, tapi korang tau tak jauh di sudut seorang hati ayah dia teringin merasakan layankan istimewa daripada anak-anaknya.

Mungkin dia segan, tapi kalau anak dia yang ajak gerenti ayah takkan tolak!

3. Kongsikan kisah korang semasa kecil

Cuba korang pandang muka ayah korang dan cuba bandingkan kali terakhir korang lihat dia. Makin banyak kedutan di wajah atau uban semakin bertambah? Dalam korang tak sedar terlalu sibuk dengan pekerjaan, sehingga kita lupa yang ibu bapa kita semakin berusia.

Apa kata korang adik-beradik luangkan masa bersama-sama mereka dan imbas kembali kenangan korang masa kecil. Mungkin sambil tu korang boleh belek album gambar lama. Ibu ayah selalunya rindu dengan keletah korang semasa kecil, dengan menceritakan memori lama mereka pasti gembira!

4. Ayah sihat? Hari ni ayah buat apa?

Kesibukkan kerja atau menguruskan keluarga sendiri sering kali membuatkan kita lupa pada ayah. Walaupun ayah tak beritahu, sebenarnya ayah sangat rindukan anak-anaknya.

Cuba korang curi masa untuk bertanyakan khabar dan kesihatan ayah setiap minggu. Tanyakan juga aktiviti yang ayah lakukan di rumah, ayah korang mesti rasa dihargai kalau korang selalu tanya khabar sebab ayah malu nak cerita.

5. Bagi ayah kad ucapan macam kita selalu buat zaman sekolah!

Ayah ni jiwanya kadang-kadang sentimental, jadi pemberian yang korang anggap biasa merupakan sesuatu yang luar biasa bagi mereka. Kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata ikhlas daripada hati pastinya membuatkan ayah korang tersenyum setiap kali baca. Ucapan yang ditulis, keikhlasannya terus sampai ke hati tau!

Berikan ayah senyuman yang berkeyakinan dengan Polident!

Bila umur dah semakin berusia, menjadi kebiasaan bagi ibu bapa menggunakan gigi palsu. Kalau korang nak tau, gigi palsu sebenarnya sepuluh kali lebih lembut berbanding gigi asal. Jadi, ia menyukarkan pemakai gigi palsu untuk menikmati makanan dan mengunyah seperti dulu.

Kalau ayah korang menggunakan gigi palsu inilah masanya untuk berikan ayah korang senyuman yang berkeyakinan dengan Pelekat Polident.

Pelekat Polident memberikan 38% lebih kekuatan gigitan* dan membantu mengelakkan cebisan makanan tersangkut diantara gigi palsu dan gusi. Lepas ni, ayah korang bolehlah menikmati makanan kegemaran mereka tanpa perlu risau. 

 *berbanding tanpa pelekat selepas satu jam penggunaan

Dengan ketahanan pelekat sehingga 12 jam, ayah korang pasti rasa lebih selesa dan menjadi lebih berkeyakinan untuk melemparkan senyuman dan menikmati kehidupan seharian.

Memakai gigi palsu memang mudah, namun untuk menjaganya memerlukan pembersihan khas. Memberus gigi palsu dengan ubat gigi biasa boleh mengakibatkan kesan calar dan kerosakan pada gigi dan menjadi punca pengumpulan plak dan bakteria. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjadi punca masalah kebersihan mulut bagi ayah korang.

Tapi jangan risau, bantu ayah korang melindungi kesihatan dan kebersihan gigi palsu mereka dengan Pembersih Polident. Ia diformulasikan khas untuk membersihkan gigi palsu dengan menghilangkan kotoran dan plak yang sukar* serta membunuh 99.99% bakteria penyebab bau busuk**.

Pembersih Polident ini juga membunuh 10 kali lebih banyak kuman berbanding ubat gigi biasa^ untuk gigi palsu yang lebih bersih dan segar. Ayah korang pasti boleh tersenyum gembira lepas ni.

 *Apabila digunakan seperti yang diarahkan
 **Dalam ujian makmal
 ^Rendam dalam aira sahaja, dalam ujian makmal

Memberikan senyuman di wajah ayah merupakan hadiah hari bapa yang terbaik bagi seorang anak. Oleh itu, dapatkan Pelekat Polident dan Pembersih Polident untuk membantu melekatkan dan membersihkan gigi palsu ayah tersayang.

Bila ayah korang gembira pastinya mereka mampu tersenyum dengan lebih berkeyakinan. Tunggu apa lagi dapatkan produk Polident di Shopee dan buatkan ayah korang tersenyum bangga!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×