berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #3

September 27th, 2012 | by M
Hollywood

Novel Harry Potter kembali? Wow, itu menarik! Bagaimana pun, penulis J K Rowling hanya bercadang untuk berbuat demikian sekira mempunyai idea yang lebih unik dan menarik berbanding penerbitan sebelumnya. – Independent UK

Kylie Minouge bukti diri masih seksi. Selebriti antarabangsa berumur 44 tahun ini tampil berani apabila mendedahkan bahagian punggungnya dalam filem pendek Simulacrum & Hyperbole. – Metro UK

Penyanyi Moon River, Andy William yang terkenal pada tahun 60-an telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun di Branson kerana sakit berpanjangan akibat kanser usus. – Eonline

Emma Watson yang terkenal dengan watak Hermione dalam filem Harry Potter menyuarakan hasrat untuk berlakon dalam filem adaptasi novel, 50 Shades Of Grey, sebuah novel dewasa yang penuh dengan elemen erotik. Ingin buktikan diri makin dewasa, mungkin? – The Press Association

Katy Perry dinobatkan sebagai Billboard‘s Woman of the Year‘ mengambil kira pencapaiannya merangkul 3 kali anugerah Platinum untuk album keduanya, Teenage Dream. – Hello Magazine

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×