berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #16

October 17th, 2012 | by Ai
Hollywood

Setelah lima tahun berkenalan, akhirnya bintang Bollywood terkenal Saif Ali Khan,42 dan pasangannya Kareena Kapoor, 32 telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka di Hotel Tajmahal Palace semalam. – The Hindu

Isu video seks Hulk Hogan menjadi semakin hangat apabila dia mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah US$100 juta terhadap tiga individu yang terlibat. – NBC News

Buat pertama kalinya, pasangan penuh kontroversi Robert Pattinson dan Kristen Stewart dikatakan telah bergambar bersama-sama selepas isu skandal aktress ini tersebar luas di media masa sejak Julai lalu. – The Sun

Ahli kumpulan 2PM, Junsu mengumumkan penukaran namanya kepada “Minjun” menerusi laman Twitter miliknya semalam. allkpop

Kurang daripada tempoh 24 jam selepas Taylor Swift muncul di program “Good Morning America,” lagu terbarunya berjudul “State of Grace” telah berjaya menduduki carta pertama iTunes USA. – MTV

SKIP THIS AD ×