berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #19

November 2nd, 2012 | by Ai
Hollywood

Setelah pulang dari tanah suci Mekah, Rossa belum mahu bertudung kerana memikirkan beberapa kontrak nyanyian yang perlu diselesaikan. Meskipun begitu, Rossa akui akan memilih pakaian yang lebih sopan selepas ini. – DetikHot

Ahli kumpulan 2AM, Seulong mengalami kecederaan, di mana tulang kaki kiranya telah patah. Berikutan insiden tersebut, penyanyi ini akan berehat selama 2-3 minggu bagi memastikan kakinya betul-betul sembuh. – Soompi

Pelakon kacak Salman Khan bakal menjadi ‘James Bond’ versi Bollywood menerusi filem ‘Ek Tha Tiger.’ Berita tersebut dinyatakan oleh pengarah filem, Kabir Khan sewaktu tayangan filem Skyfall di Mumbai.  – The Times Of Indian

Girls Generation akan melancarkan album ke dua mereka pada 28 November ini. Album tersebut dikenali sebagai “GIRLS’ GENERATION II ~Girls & Peace~.” – All K-Pop

Penyanyi muda yang berasal dari Amerika Syarikat, Greyson Chance telah datang ke Malaysia semalam. Penyanyi tersebut telah mengadakan sesi ‘autograph’ bersama peminatnya di The Spring Kuching, pada jam 8 malam hari yang sama. – Universal Music Malaysia

Jom layan lagu Greyson Chance berjudul ‘Unfriend You.’

SKIP THIS AD ×