berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #6

October 1st, 2012 | by M
Kini Trending

Kisah drakula masih laku walaupun dalam versi animasi. Apa yang membanggakan, filem ini berjaya mendapat kutipan box office dengan membawa pulang RM133 juta (USD 45 million) sejak ditayangkan di pawagam pada 28 September lalu. – The Associate Press

Pelakon The Princess Diaries, Anne Hatthaway kini berlegar Puan Shulman apabila menamatkan zaman bujangnya pada usia 29 tahun bersama pereka barangan kemas, Adam Shulman, 31 di Big Sur, California, lewat malam tadi. – NY Daily News

Arnold Schwarzenegger akui mempunyai skandal adalah satu keputusan yang paling bodoh berlaku kepada perkahwinannya. Kisah skandal berusia 14 tahun ini mula didedahkan pada November tahun lepas apabila kekasihnya (ketika itu), Mildred Beana mendapati anaknya menyerupai wajah aktor berkenaan. – Irish Central

Konsert Big Bang‘s ALIVE Galaxy Tour 2012 di negara Uncle Sam mendapat sambutan hangat apabila kesemua tiket habis dijual dalam masa kurang 2 jam! Menyedari akan hakikat ini, pihak pengurusan berhasrat untuk menambah lagi 2 tarikh di lokasi yang sama iaitu Los Angeles (2 & 3 Nov) dan di New Jersey (8 & 9 Nov). – Soompi

Superstar pun manusia. Justin Bierber muntah di depan ribuan peminat semasa membuat persembahan di Arizona malam tadi ekoran terlampau loya meminum susu. Katanya, minum susu sebelum persembahan adalah idea yang kurang baik. – EOnline

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×