berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #9

October 5th, 2012 | by Ai
Hollywood

Hubungan retak? Mungkin tidak! Nicole Scherzinger tampil lebih mesra dan bahagia bersama kekasihnya, Lewis Hamilton sejak kejadian gambar bercium bersama Chris Brown tersebar. –Metro.co.uk

Tinggal kekasih untuk Rihanna? Chris Brown dan Karrueche Tran tidak lagi bersama kerana Chris Brown ingin menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya dan mengelakkan Karrueche kecewa dengan persahabatan beliau bersama Rihanna. – Chicagotribune

Ancaman American Idol! Mariah Carey telah mengupah pengawal keselamatan ekoran daripada ugutan Nicki Minaj untuk menembak beliau akibat pertelingkahan dan persengketaan yang berlaku baru-baru ini.- Nydailynew

T-ara murah hati! Beliau membuat lawatan mengejut ke Sekolah Korea di Malaysia dan memutuskan untuk turun padang serta menderma sebahagian hasil daripada yang diperolehi untuk bantuan dana sekolah tersebut. –AllKpop

Jennifer Lopez bertunang? JLo yang tampil bersama cincin batu berlian besar ketika menghadiri “Paris Fashion Week” menepis dakwaan bahawa beliau sudah bertunang.- Aceshowbiz

SKIP THIS AD ×