berita

5 Filem Indonesia Bangkitkan Semangat Nasional Yang Wajib Korang Tonton Sepanjang PKPB!

October 22nd, 2020 | by Amat
Filem Antarabangsa

Jarang sekali kita menonton filem-filem nasional yang memaparkan perjuangan nenek moyang terdahulu. Filem-filem ini dilihat kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat khususnya anak muda. Intipati filem yang mengangkat nilai-nilai semangat juang demi bangsa dan negara ini seharusnya ditonton ramai.

Tidak dinafikan, negara Indonesia banyak menerbitkan filem-filem berunsurkan semangat nasional buat tontonan umum. Filem-filem negara itu juga dapat sambutan dalam kalangan penonton di Malaysia. Jadi, sepanjang tempoh PKPB ini, anda boleh tonton bersama keluarga filem yang kami senaraikan ini.

1. Kartini

Filem Kartini merupakan arahan Hanung Bramantyo dan diterbitkan pada tahun 2017.Buat pengetahuan semua, filem Kartini merupakan filem biografi dari kisah perjuangan Kartini di tanah Indonesia.

Filem lakonan hebat tiga wanita termasuk Dian Sastrowardoyo, Acha Septriasa dan Ayushita mengisahkan mengenai perjuangan wanita-wanita Jawa bagi mendapatkan peluang pendidikan suatu ketika dahulu.

Pemaparan wanita Jawa ini dilihat masih terikat dengan undang-undang tradisional, adat dan budaya Nusantara sehingga menyebabkan mereka ‘dikurung’ dalam nuansa domestik. Jadi, Kartini lakonan Dian Sastrowardoyo seorang wanita yang tegas menjalin hubungan dengan orang Belanda untuk menerbitkan jurnal-jurnalnya di negara itu, selain, mempelajari bahasa asing secara senyap.

2. Bumi Manusia

Bumi Manusia filem arahan Hanung Bramantyo telag diterbitkan pada tahun 2019. Filem sejarah ini mengetengahkan budaya Jawa dan Belanda dalam memaparkan perbezaan kasta di antara pemuda Jawa kelas bawahan dan seorang gadis Belanda kelas atasan.

Filem ini diadaptasi dari novel karya Pramoedya Ananta Toer mengisahkan mengenai anak muda bernama Minke yang sering memberontak dengan ketidakadilan orang luar terhadap bangsa Jawa. Seorang pemuda yang pandai menulis dan menerbitkan karya sehingga dibenci orang pelajar-pelajar dari Eropah yang lain.

Masyarakat terdahulu sering dipinggirkan dari pelbagai aspek termasuk hak asasi seperti pendidikan. Jadi, Bumi Manusia mengangkat isu pendidikan dalam kalangan masyarakat Jawa terdahulu.

3. Soekarno

Pasti ramai yang sudah menonton filem Soekarno: Indonesia Merdeka yang diterbitkan pada tahun 2013 ini. Filem arahan Hanung Bramantyo dan lakonan mantap Ario Bayu mengisahkan mengenai seorang pemimpin Indonesia terkenal iaitu Soekarno.

Filem biografi ini mengangkat semnagat juang pemimpin Soekarno dalam membebaskan Indonesia dari belenggu penjajah. Misi utama perjuangan ini adalah untuk memerdekakan Indonesia yang dijajah Eropah. Pernah dituduh, dihasut dan dipenjara namun semangat Soekarno tidak pernah luntur demi negara tercinta.

Bukan berdepan dengan Belanda sahaja, malah, Indonesia juga pernah berdepan dengan Jepun. Soekarno sekali lagi bangkit dan berjuang penjajah sehingga mendapat suara memerdekakan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

4. Perburuan

Filem arahan Richard Oh pada 2019 iaitu Perburuan mengisahkan mengenai perjuangan Pembela Tanah Air (PETA) melawan tentera Jepun di Indonesia. Lakonan hebat Adipati Dolken ini semangat juang ahli PETA berdepan dengan keganasan askar Jepun seuatu ketika dahulu.

Hardo (lakonan Adipati Dolken) akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya di Blora, Jawa Tengah selepas mengalami kecederaan. Namun bagaimanapun, dia tidak dapat bebas berkeliaran di kampungnya kerana khuatir askar Jepun memburunya. Musuh menganggap Hardo sebagai hero pasukan PETA dan harus diburu.

5. Guru Bangsa Tjokroaminoto

Berjuang demi anak bangsa, filem Guru Bangsa Tjokroaminoto arahan Garin Nugroho diterbitkan pada tahun 2015 mengangkat isu pendidikan dalam kalangan masyarakat bawahan. Filem biografi pahlawan nasional Tjokroaminoto mengisahkan mengenai seorang guru yang tidak mudah berputus asa dalam memberi ilmu dan pendidikan kepada golongan miskin.

Akhirnya, Tjokroaminoto (lakonan Reza Rahadian) membina sebuah institusi pendidikan bernama Sarekat Islam kerana rata-rata masyarakat di Jawa Timur ketika itu adalah penganut agama Islam dan mereka perlu mendapatkan ilmu agama. Filem ini berlatarbelakangkan tahun akhir 1800an di Ponorogo di daerah Jawa Timur.

Konflik lebih tegang apabila Tjokroaminoto berdepan dengan asakan dari pemerintah Hindu-Belanda berhubung sekolah yang dibinanya itu. Namun bagaimanapun, halangan tersesebut tidak menjadi halangan untuknya meneruskan maklamat asal kepada anak-anak Jawa.

Sumber: Britanica, Tribun News, Youtube

SKIP THIS AD ×