berita

5 Gaya High Fashion Neelofa Ala Model Antarabangsa. Yang Last Tu Style Habis!

February 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Neelofa antara selebriti tempatan yang cukup style dari segi pemakaiannya. Gayanya sehari-hari menjadi rujukan para penggemar fesyen untuk dijadikan panduan mereka. Apa tidaknya, walaupun bertubuh genit, apa sahaja dikenakannya akan tetap menonjolkan sisi dirinya yang mementingkan gaya.

Aktres juga usahawan berjaya ini juga berani bereksperimen dalam gayanya. Tidak kiralah untuk pakaian seharian atau tujuan penggambaran, bermacam fesyen dipakai oleh Lofa, sekali pandang, macam tak kenal langsung!

Gaya high fashion untuk portal fesyen

Neelofa muncul dalam satu portal fesyen dan gaya hidup, Stail.my, semalam. Apa yang membuatkan ramai teruja adalah gaya yang dikenakan pelakon cantik ini dalam sesi penggambaran. Sangat lain dari yang lain. Lofa kelihatan sangat berbeza berbanding sebelum ini. Style habis!

Kongsi ciri lelaki idaman

Dalam artikel bertajuk The Smart & Sweet: Neelofa Tentang Cinta, Lelaki Idaman dan Kecantikan itu, dia berkongsi dengan pembaca mengenai produk kecantikan kegemarannya serta yang paling penting lelaki idaman.

Antaranya dia mengimpikan lelaki yang suka membaca, ringan tulang dan bertanggungjawab untuk hadir dalam hidupnya.

Macam cover majalah Vogue!

Sweater jadi turban pun cantik!

Paling mencuri perhatian adalah salah satu gambar Lofa mengenakan turban berwarna merah jambu yang rupanya sehelai sweater! Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik kan? Pujian harus diberikan kepada wanita ini yang berani mencuba sesuatu yang baru.

Mana tahu lepas ini Naelofar Hijab akan keluarkan hijab yang boleh jadi sweater kan? Jimat, 2 dalam 1 lagi!

Sumber: Stail.my , Neelofa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×