Hidangan pencuci mulut adalah makanan yang sangat penting setelah kita menikmati juadah berat seperti nasi berlauk, steak dan spaghetti. Menu pencuci mulut adalah berfungi untuk menyimbangkan hidangan dalam penghadaman perut kita.
Siapa cakap hidangan pencuci mulut ini tak penting? Disini, admin kongsikan menu pencuci mulut jus yang mudah untuk dibuat dan sedap! Tak perlu pun banyak bahan, guna saja bahan yang sudah tersedia di dalam peti sejuk rumah anda. Jom kita usha 5 pencuci mulut menarik ini!
Air Kacang Soya
Inilah minuman yang mudah untuk dihidangkan buat tetamu dan keluarga tersayang. Air kacang soya dipenuhi dengan khasiat baik buat badan kita. Mudah untuk didapati di pasaran tetapi anda juga boleh buat sendiri di rumah. Tak susah pun, bahan untuk buat air soya pun ringkas.
Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/air-kacang-soya
Air Teh Pudina
Secawan air teh pudina memberi kita pelbagai khasiat yang baik buat kesihatan badan. Selalunya air teh dihidangkan ketika tea-time pada waktu petang, dimakan pula dengan biskut kering. Kembali nostalgia zaman kanak-kanak dulu. Tapi tahukah anda, air teh pudina sangat sesuai diminum selepas menikmati juadah berat. Sebab ianya dapat menenangkan otot perut dan melegakan kekejangan tubuh.
Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/air-teh-pudina
Teh Tarik Madu
Minuman ini pasti menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Boleh dikatakan teh tarik ditambah madu semakin mendapat sambutan, dan kalau berniaga pun mesti laku punya! Mudah je nak buat teh tarik madu ini, tak sampai 30 minit dah boleh dinikmati sesama keluarga. Rasa hidangan ini sangat perfect! Sekali cuba mesti nak lagi…
Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/teh-tarik-madu
Jus Alpukat
Minuman yang dihasilkan menggunakan buah alpukat (avocado) ini banyak khasiat termasuk memberi nutrisi dan vitamin dalam badan, dan boleh mengurangkan kolestrol badan. Sangat ringkas nak menyediakan minuman ini. Tidak semestinya anda perlu letak bahan-bahan yang dicadangkan ini, anda perlu lebih kreatif untuk menghasilkan pencuci mulut berasaskan buah alpukat ini. Selamat mencuba!
Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/jus-alpukat
Watermelon Volcano
Kalau dah bosan makan buah tembikai yang dipotong, anda boleh cuba hidangan ini. Mudah saja untuk dihidangkan buat keluarga, tak sampai 30 minit pun! Lebih kurang macam ice-blended jugalah. Apa yang penting adalah, perlu ada buah tembikai, susu, madu dan ais ketul.
Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/watermelon-volcano