Mek nak tanya, adakah korang tergolong dalam golongan-golangan pekerja akhir? Haha, maksud Mek, yang sedang menunggu hari dan detik terakhir di tempat kerjalah.
Kalau ya, cuba korang selami hati korang, ada tak merasai sendiri jenis-jenis perasaan yang bakal Mek nyatakan ini.
Perasaan Tak Sabar Nak Berambus
Inilah yang paling ditunggu-tunggu. Tak sabar nak habiskan hari-hari terakhir dan bercuti tanpa memikirkan lambakan kerja yang tertinggal di office. Hiks!
Perasaan Serba Salah
Bukan serba salah sebab nak meninggalkan tempat kerja, tapi serba salah sebab gaji tak masuk lagi nak bayar hutang-hutang dekat rakan sekerja lain.
Perasaan ‘Eh Mampuslah Kau’
Haa, ni paling extreme sekali. Biasalah, time dah nak berhenti ni mesti ramai yang bagi aya-ayat yang boleh buat telinga bernanah kan? Tapi, kau nak kesah apa. Lepas ni azab semua dah lepas.
Perasaan Sedih Tinggalkan Bff
Iyalah, siapa yang tak sedih nak tinggalkan rakan sekerja yang rapat dengan kita kan? Jatuh bangun kau dalam syarikat tu, dioranglah tempat kau mengadu. Gila tak sedih?
Perasaan Positif Nak Mula ‘New Adventure’
Kalau korang ada perasaan macam ni, korang memang seorang pekerja yang sangat didambakan oleh bakal bos baru korang. Belum mula kerja dah tak sabar. Curlass!
So, mana satu perasaan yang ada dalam hati korang tu?
Apapun, Mek nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi baca artikel Mek sama ada secara sengaja ataupun tak. Haha!
Kalau nak tahu, hari ni merupakan hari terakhir Mek bergelar penulis di OHBULAN! Salam kemaafan dari Mek ya! Panjang umur kita jumpa lagi. Bye~