berita

5 Kafe Cantik, ‘Instagrammable’ Sekitar Kuala Lumpur Yang Korang Boleh Cuba

November 4th, 2020 | by AnisAffandi
MyResipi

Di Kuala Lumpur, ada banyak tempat makan yang ‘instagrammable’ atau dalam erti kata lain menawarkan dekorasi kedai yang cantik dan unik bagi menarik kehadiran pelanggan. Gambar berlatar belakangkan dekorasi menarik sudah pasti akan dimuat naik di akaun media sosial bagi simpanan peribadi dan dikongsi bersama pengikut.

Mesti korang semua dah bosan duduk rumah lebih-lebih lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kan? Nak ceriakan balik ‘feed’ Instagram korang? Ini antara kafe ‘instagrammable’ yang boleh korang cuba nanti!

Kafe VCR, Jalan Telawi, Bangsar

Foto: Facebook VCR Bangsar

Jika korang penggemar kopi, korang wajib berkunjung ke kafe ini yang memang pakar dalam membuat kopi yang cukup kaw! Kafe ini juga antara yang terkenal di KL yang mempunyai hiasan interior yang rustik, unik dan mempunyai unsur alam semulajadi.

Foto: Aizzat Jailani

Antara menu kegemaran pelanggan adalah Chicken Waffle yang dihidangkan dengan sos dan ayam yang ‘juicy’ dan Soft Shell Crab Burger yang mempunyai kulit ketam rangup. Waktu operasi kafe VCR bermula 8.30 pagi hingga 9.00 malam.

Pokok.kl, Mahsa Avenue

Foto: Facebook Pokok.kl

Untuk korang yang suka suasana bagaikan berada di hutan dengan daun-daun yang menghijau, wajib singgah ke kafe Pokok.kl ini.

Foto: Aizzat Jailani

Antara hidangan kegemaran pelanggan di sini sudah tentu Smoked Salmon Benedict dan Lamb Meatball Pasta. Pencuci mulut paling terkenal di sini pula ialah Burnt Cheesecake yang sangat berlemak dan sedap! Untuk penggemar nasi, di sini juga ada Nasi Lemak yang dihidangkan bersama ayam goreng berempah.

Waktu operasi Pokok.kl bermula 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Pelanggan dinasihatkan berkunjung ke sini pada waktu pagi dan tengahari kerana pencahayaan yang terang pada waktu tersebut boleh menghasilkan gambar yang cantik!

Naj & Belle, Bangsar

Foto: Facebook Naj & Belle

Khas untuk para instagrammers yang suka bergambar, kafe ini adalah antara kafe yang paling menarik untuk korang pergi! Dekorasi dalaman kedai yang bertemakan industrial minimalist sangatlah sedap mata memandang. Boleh dikatakan hampir setiap sudut kafe ini layak untuk diabadikan sebagai foto di Instagram korang.

Foto: Facebook Naj & Belle

Hidangan kegemaran para pelanggan disini adalah Squid Ink Spaghetti dan Pulled Duck Spaghetti yang sangat susah didapati di tempat lain. Untuk penggemar pencuci mulut pula, sudah tentu korang wajib cuba Watermelon Lychee Cake.

Waktu operasi Naj & Belle adalah pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Merchant’s Lane, Jalan Petaling

Foto: Facebook Merchant’s Lane

Kafe ini adalah antara kafe yang cukup terkenal dalam kalangan pemburu kafe disebabkan keunikan dekorasi dan ianya terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Ia dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna serta dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan yang menarik. Sambil makan di sini dapat ‘feel’ seperti di dalam hutan.

Foto: Facebook Merchant’s Lane

Bila korang dah sampai sini, jangan lupa untuk cuba hidangan terkenal mereka Italian Chow Mien yang merupakan sejenis hidangan Cina di ‘fusion’ kan menjadi hidangan Itali. Hidangan seterusnya adalah Hongkie Beef Stew yang dihidangkan bersama kentang putar yang berlemak dan sedap!

Kafe ini menyajikan makanan tengahari dan malam. Waktu operasi Merchant’s Lane adalah pada 11.30 tengahari hingga 10.00 malam.

Luckin Kopi, Pasar Seni

Foto: Yantee Lee

Perhatian penggemar kopi! Kafe ini adalah antara kafe yang menghidangkan kopi yang sedap dan pekat di KL. Luckin Kopi beroperasi di premis lama dua tingkat yang diberi nafas baru dengan hiasan dalaman yang klasik, disamping hidangan masakan tempatan serta barat yang sedap. Satu perkara yang unik tentang kafe ini adalah menu mereka boleh diubah suai mengikut selera korang.

Foto: Yantee Lee

Antara menu kegemaran pengunjung di sini sudah tentu Nasi Lemak, Salted Egg Chicken Rice dan Luckin Toast. Untuk penggemar kopi pula, wajib untuk cuba Luckin Kopi Kaw kerana kopinya yang pekat dan kaw!

Waktu operasi Luckin Kopi adalah pada 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Jadi, apa lagi? Jom pergi memburu kafe lepas habis PKPB ni!

SKIP THIS AD ×