berita

5 Makanan Punca Kanser Yang Anda Mungkin Makan Setiap Hari

November 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: Cancer Center

Walaupun kita sudah berada di zaman yang maju, tetapi penyakit kanser masih memburu masyarakat sekeliling kita setiap hari. Kanser merupakan antara punca utama kadar kematian meningkat saban hari, selain dari Covid-19. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penyakit kanser termasuk stress dan pencemaran.

Namun, antara punca terbesarnya adalah pemakanan. Setiap makanan yang masuk ke perut anda akan mempengaruhi organ dalaman anda. Penyakit kanser boleh dikawal jika anda kawal pemakanan anda.

Daging proses

Foto: Communal News

Daging proses seperti daging burger mengandungi bahan pengawet kimia. Makanan seperti ini kelihatan enak tetapi sebenarnya daging yang diproses boleh mengakibatkan beberapa jenis kanser. Proses yang terlibat dalam penghalisan daging proses adalah penambahan garam, pengawetan, penapaian dan juga pengasapan.

Kajian mengatakan kanser usus kerap berlaku kepada mereka yang sering makan daging terproses. Bukan itu sahaja, ia juga dikaitkan dengan kanser perut dan pankreas. Memasak daging pada suhu yang tinggi seperti memanggang juga boleh menjadi punca terhasilnya kompaun lain untuk penyakit kanser.

Minuman ringan

Foto: Healthline

Ramai sudah sedia maklum dengan keburukan minuman ringan yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan. Namun, masih banyak gemar akan minuman ringan lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas. Minuman ini sememangnya mengandungi kadar gula yang tinggi dan pemanis tiruan. Pemanis tiruan itu mengandungi bahan-bahan kimia yang akan menyebabkan kanser.

Kebanyakan kandungan gula ini disembunyikan dan tidak dimasukkan ke dalam label. Banyak juga produk sihat tetapi sebenarnya mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti yogurt, madu yang ditambah pemanis, minuman ringan untuk sukan dan sos tomato.

Gula putih

Foto: Healthline

Gula merupakan satu-satunya makanan yang menyumbangkan pelbagai penyakit di dalam tubuh kita, ianya bekalkan tenaga tetapi juga menyumbang kepada beberapa penyakit seperti kanser dan gout yang susah untuk sembuh.

Kurangkan pengambilan gula putih untuk mengurangkan kadar keaktifan kanser kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak kawal pengambilannya.

Makanan segera

Foto: Healthline

Makanan segera seperti makanan dalam tin yang diawet seperti sardin tin adalah tidak bagus kerana ia mempunyai bahan pengawet yang dapat menyebabkan sel kanser menjadi lebih aktif. Amalkan makanan segar lebih baik kerana mempunyai khasiat yang bagus walaupun lebih susah untuk dimasak berbanding makanan segera seperti sardin dalam tin.

Minuman segera 3-dalam-1

Foto: Healthline

Minuman ini sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi pelajar yang tinggal di asrama kerana mudah untuk disediakan. Namun, kandungan gula serta krimer bukan tenusu yang terdapat dalam minuman segera ini mampu mengaktifkan sel kanser jika diamalkan selalu.

Sudah terbukti, kebanyakan punca kanser datang daripada makanan. Oleh itu, menjaga pemakanan adalah perkara yang wajib untuk diamalkan oleh setiap individu di atas muka bumi ini bagi mengelak penyakit seperti kanser. Risiko kanser dapat dikurangkan jika anda ambil tahu kesan daripada pengambilan makanan yang tidak sihat.

Sumber: Info Kanser, The Diagnosa, Healthline.

SKIP THIS AD ×