berita

5 Perkara Ni Akan Terjadi Bila Korang Jadi Parents. No 5 Tu Macam Betul Je..

April 26th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Bergelar ibu bapa pastinya bukan perkara yang mudah. Jika dulu, korang mungkin fikir tentang pasangan korang je. Nak makan kat mana, nak dating kat mana. Tapi bila ada anak je, tumpuan pasti beralih kat diorang.

Bukan je tanggungjawab korang bertambah, malah kehidupan korang jugak akan berubah 180 darjah! Haa..kat sini, kami senaraikan lima perkara yang berubah, lepas korang bergelar parents.

Ambil banyak gambar atau video anak-anak..

Siapa je tak happy dapat baby kan? Percaya atau tak, galeri phone korang mesti akan penuh dengan dengan keletah lucu anak-anak korang.

Setiap hari ada je benda lucu atau comel yang diorang buat. Memang penuhlah social media korang dengan gambar dan video diorang!

Keluar ke mana-mana, dah tak sama macam dulu..

Kalau dulu, fikir siapkan diri sendiri je bila nak keluar dating berdua dengan pasangan. Lepas dah ada anak, bukan je korang kena siapkan diri sendiri, tapi siapkan anak-anak sekali!

Yelah takkan nak bawa anak keluar comot-comot pulak kan

Kurang masa hangout dengan kawan-kawan..


Masa bujang or awal-awal perkahwinan, si suami boleh kata hari-hari lepak kat kedai mamak. Kadang-kadang tu, lepak sampai pukul 2-3 pagi bila ada match bola. Yang si isteri pulak, ada lagi masa nak shopping dan hang out kat cafe hipster dengan kawan-kawan.
 
Tapi lepas je ada anak, percayalah.. waktu korang tu akan diperuntukkan sepenuhnya kepada diorang. Nak lepak mamak tengok bola sampai pagi? Jangan mimpi! Sebab waktu itu mungkin anak korang baru nak tidur atau start meragam..

‘ME TIME’..


Setiap daripada korang, mesti inginkan ‘me time’ ni kan. Waktu ni lah korang peruntukkan untuk diri sendiri.  Contohnya, pergi spa, shopping,atau bermalas-malasan kat rumah. 
 
Tapi percayalah, bila korang ada anak, waktu korang akan dipenuhi dengan aktiviti dengan diorang. Layan anak yang meragam, kemas balik rumah yang diorang sepahkan, dan macam-macam kerja lagi yang tak akan habis!

Kos-kos luar jangkaan!

Haa..bila dah jadi parents ni, korang memang kena selalu bersedia untuk perkara-perkara luar jangkaan atau kecemasan. Contohnya, bila anak jatuh sakit atau nak sambung belajar kat universiti. Perkara ni memang boleh jadi nightmare kalau korang takde simpanan.

Sebab tulah korang kena get ready awal-awal. Penting tau untuk ada simpanan pembelajaran anak-anak. Takdelah nanti kena tanggung hutang belajar yang banyak!

Pernah dengar tentang  Insentif Percuma SSPN1M?

Dengan insentif ni, korang layak dapat RM 500!

Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018,  mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih sebanyak RM500 untuk anak-anak mereka yang berumur 7 hingga 12 tahun, layak menerima Insentif Percuma RM500

Insentif Khas Geran Sepadan ni adalah deposit percuma bernilai RM500 (GS500) yang boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berumur 18 tahun.

Macam mana nak dapat RM500 tu?

Senang je caranya..

Bagi yang belum ada akaun SSPN1M,

  • Buka akaun baharu SSPN1M dengan deposit minimum RM500

Bagi yang dah ada akaun SSPN1M,

  • Buat tambahan deposit minimum RM500
  • Boleh dilakukan secara online di www.sspn1m.com

Bagi yang bajet kecil,

  • Buat simpanan setiap bulan untuk cukupkan RM500

Tapi, hanya untuk 500 ribu pencarum utama sahaja tau.

Nak tahu lebih lanjut,  klik kat sini.

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×