berita

5 Perkara ‘Pelik’ Yang Melanda Member Anda Bila PokemonGo Secara Rasminya Masuk Malaysia Hari Ini

August 6th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-08-06 at 1.39.20 PM

Hari ni merupakan hari bersejarah untuk peminat animasi Pokemon sebab aplikasi PokemonGo yang ditunggu selama berbulan-bulan akhirnya memasuki Malaysia. Bukan Malaysia sahaja, malah negara seperti Brunei dan Kemboja juga dilanda ‘demam’ PokemonGo.

PokemonGo ni apa? Haa untuk pengetahuan anda game ni merupakan game paling trending di dunia sekarang dimana anda berpeluang untuk menangkap jenis-jenis Pokemon tak kira masa, di mana jua dengan hanya melalui phone pintar anda yang canggih tu. Ketagihnya PokemonGo ni sampai nak jalan pun tak tengok jalan. Aduhh.. Kronik sangat dah ni! Anda pula macam mana?

Whatsapp ‘bergelumang’ dengan cerita Pokemon

200

Salah satu bila member korang dilanda demam Pokemon ialah apabila whatsapp group anda semuanya bercerita pasal Pokemon. Saat bila game tu dah keluar diorang lah paling semangat. Dah tangkap Charizard la, Charmander la, Pikachu laa.. Eh macam-macam lagi.

Kami ni minat juga Pokemon tapi diorang punya cerita deep sangat sampaikan kami sendiri tak faham dan terpaksa ‘mute’ group. Haha!

Nampak ‘Zombie’ Berjalan

Screen Shot 2016-08-06 at 1.35.54 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Haa ni lagi satu yang kami tak faham sekali. Jika anda lihat di negara lain, anda akan nampak sekumpulan ‘zombie’ berjalan cari Pokemon dengan khusuknya sehingga tak kisah apa yang terjadi di kawasan sekeliling. Beberapa minggu lepas, seorang gadis mengalami kemalangan sebab tekun sangat main PokemonGo.

Korang nasihat la member korang tu sebelum terjadi apa-apa.

Member tiba-tiba ‘lenyap’

giphy

Dulu sebelum PokemonGo ni release, korang selalu je lepak dengan member korang. Main bola sama-sama, main game online sama-sama.. Eh semua benda la buat sama-sama. Lepas PokemonGo ni dah muat turun, terus ‘lenyap’ member korang tu. Hmm.. Busy tangkap Pokemon kot. Beratus Pokemon nak kena tangkap tu.

Instagram feed semuanya pasal PokemonGo

giphy

Selain itu, Instagram timeline korang semuanya gambar hasil penangkapan Pokemon yang telah dijalankan selama berjam-jam. Dah tak nampak dah gambar selfie awek cun semua. Haha

Rajin keluar rumah sebab nak tangkap Pokemon

Screen Shot 2016-08-06 at 1.42.57 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Member korang yang sorang ni jenis malas nak keluar rumah. Membuta je memanjang, tak membuta main game online terperap dalam bilik. Tapi bila je game ni dah keluar, tiba-tiba rajin ajak keluar untuk operasi tangkap Pokemon. Sampaikan sanggup ke Johor semata-mata nak selesaikan misi Pokemon. Kalau macam tu, korang nak join sekali ke tak?

Best mana pun game ni, harap-harap korang tak leka sehingga kehidupan seharian korang tak produktif. Kadang-kadang ia boleh mendatangkan perkara negatif. Have fun dan play safe!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×