berita

5 Ragam Orang Yang Biasa Korang Tengok Kat Kaunter Pembayaran. Nombor 3 Paling Annoying!

December 20th, 2019 | by Epul
Kewangan & Pelaburan

Korang pernah tak berhadapan dengan situasi tengah beratur nak buat pembayaran dekat kaunter, tiba-tiba ada pula orang kat depan barisan buat masalah?

Urusan pembayaran yang boleh settle dengan cepat, tiba-tiba jadi lambat bila masalah macam ni jadi. Ni kami nak kongsi 5 perangai rakyat Malaysia yang korang boleh jumpa bila beratur waktu nak buat pembayaran di kaunter. Nombor 3 tu mesti korang paling tak suka!

1. Dah sampai kaunter baru sedar salah ambil barang

Tersalah pilih barang bila dah sampai kaunter? Nasihat kami, letak je barang yang korang tersalah ambil tu kat tepi. Bagitau cashier korang tak jadi nak ambil barang tu. Jangan risau, cashier tu takkan marah korang pun.

Jangan pula nak buat perangai dah sampai giliran, suruh cashier tunggu untuk tukar barang. Kalau takde orang kat belakang bolehlah buat. Tapi kalau barisan tu panjang, korang sebenarnya dah menyusahkan orang lain, pastu nak kena tunggu korang bayar lagi.

2. “Tunggu mak kejap, mak lupa nak ambil garamlah”

Haa.. Siapa pernah kena tinggal dengan mak dalam barisan masa nak buat pembayaran? Perasaan dia fuhh.. Nervous kot! Haa..Korang yang nak tinggalkan anak untuk jaga barisan sementara tukar atau ambil barang tertinggal, tolonglah standby duit kat anak.

Lagi satu, kalau rasa giliran korang dah dekat, tak perlu la sibuk nak pergi ambil barang yang lupa tu. Baik korang beratur semula supaya tak ganggu orang lain!

3. Sibuk bercinta dekat kaunter (couple)

I belanja you okay, you tak payah bayar. Simpan je duit you I ikhlas tau!”

Tak salah nak bercinta, tapi bercinta la di tempat yang sepatutnya. Korang ingat sweet sangat ke nak bermanja-manja masa buat pembayaran kat kaunter. Masing-masing nak tunjuk siapa lagi romantik untuk bayarkan dengan berebut keluarkan duit nak bayar.

Nak nampak gentle sebenarnya, korang tap je kad Visa. Baru pasangan makin sayang, betul tak? Prihatin sikit ya dengan orang lain yang beratur. Mereka tak nak tengok pun drama korang bercinta dekat situ!

4. Sibuk potong barisan sebab nak ke toilet

Pernah berhadapan situasi macam ni? Korang terpaksa potong barisan atau ternampak orang potong barisan sebab tak tahan nak ke toilet? Masa ni nak marah pon tak boleh, tapi lagi kesian masa dah bayar cashier pula ambil masa nak pulangkan baki sebab sibuk nak pilih siling.

Kan senang korang tap je kad Visa, lagi cepat. Korang pon dapat terus lari ke toilet untuk selesaikan urusan!

5. “Alamak duit tak cukup!”

Alamak!! Saya tak cukup cash lah. Mesin ATM kat mana ea?

Haiishh.. Sebelum bayar tak nak tengok duit cukup ke tak. Dah sampai kaunter baru sedar tak cukup duit. Lepas tu, baru sibuk nak tanya mesin ATM terdekat.

Kesian cashier! Kalau ramai yang menunggu giliran, terpaksa batalkan dulu transaksi yang dah discan. Takkan nak suruh pelanggan lain tunggu korang nak keluarkan duit kat mesin ATM dulu?

Buatlah pembayaran dengan kad Visa cepat, mudah & selamat!

Buat apa korang nak menyusahkan diri? Pembayaran tanpa tunai kan lagi mudah, korang hanya perlu tap je kad debit atau kad kredit korang. Kaedah ini dipanggil pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Kaedah ini juga membantu mengurangkan masa yang diambil untuk transaksi pembayaran, hanya ambil masa 4-12 saat je. Ini 6-8 saat lebih cepat berbanding transaksi biasa.

Teknik pembayaran tanpa sentuh ni menggunakan teknologi NFC (Near Field Communication). Teknologi ni juga digunakan dalam telefon pintar, jam tangan pintar, dan pelbagai lagi yang menjadikannya sangat mesra pengguna!

 *Ketersediaan pembayaran tanpa sentuh untuk peranti pintar mungkin berbeza mengikut peranti dan sistem pengendalian.

Selamat ke tap kad Visa untuk pembayaran?

Korang tau tak, sebenarnya setiap kad Visa dilengkapi beberapa lapisan keselamatan termasuklah cip teknologi EMV, satu kod unik yang menghalang maklumat kad daripada dipalsukan dan hanya boleh dibaca dengan jarak bacaan yang dekat (kad perlu berada dalam lingkungan 4 cm dengan terminal untuk proses pembayaran). Maksudnya selagi kad Visa ada bersama korang, wang dan maklumat kad korang dijamin selamat!

Bagaimana pula dengan pembayaran melebihi RM250?

Haa.. Bagi pembayaran melebihi nilai RM250, apa yang korang perlu lakukan hanyalah layangkan kad Visa pada terminal pembayaran, kemudian masukkan nombor pin keselamatan kad.

Pembayaran dengan nilai bawah RM250 pula, korang hanya perlu tap je kad Visa pada terminal pembayaran untuk sebarang transaksi. Mudah kan?

Nikmati manfaat pembayaran yang cepat, mudah dan selamat dengan Visa pembayaran tanpa sentuh!

Senangnya urusan jual beli dengan kad Visa, lepas ni korang dah tak perlu nak kena bawa wang tunai yang banyak setiap kali keluar berbelanja, hanya dengan satu tap urusan pembayaran selesai!

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang pembayaran tanpa sentuh menggunakan kad Visa dan bagaimana ia dapat membantu korang dalam kehidupan seharian, layari saja laman web rasmi atau Facebook Visa sekarang juga.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×