berita

5 Rahsia Kecantikan Selain Daripada Make Up Yang Korang Kena Tahu. Barulah Natural Beauty!

August 30th, 2019 | by Epul
Kecantikan

Wei cantiknya muka kau, berapa tebal make up kau pakai ni?

Korang pernah tak dapat ayat macam ni daripada kawan baik atau mungkin orang yang paling korang sayang? Asal cantik sikit je orang kata make up tebal. Tapi, betul ke yang perempuan ni cuma akan nampak cantik kalau make up je?

Walaupun perit tapi kadang-kadang macam betul juga sebab kalau tak make up muka rasa pucat dan tak bermaya je. Hmm.. Apa agaknya cara nak nampak cantik secara natural ni?

1. Banyakkan makan makanan berkhasiat

Lambakan makanan segera di pasaran sebenarnya sangat membimbangkan. Kebanyakan makanan ni mengandungi bahan pengawet dan perasa. Belum lagi kira kegilaan orang sekarang dengan bubble tea. Makanan dan minuman ni walaupun sedap tapi sebenarnya sangat tak baik untuk kesihatan korang.

Cara pemakanan yang tak sihat boleh mengundang banyak penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Penyakit-penyakit ni la yang melemahkan sistem imunisasi dan muka korang pun hilang seri.

Sebab tu, orang dulu-dulu even tak pakai make up pun masih nampak cantik dan awet muda sebab diorang banyak mengambil makanan segar dan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan. Nak dengar diorang ada penyakit pun susah tau.

2. Guna produk organik

Produk organik atau produk bahan kimia? Rata-rata kalau tanya mestilah nak guna produk organik tapi disebabkan tindak balas produk organik ni lambat, ramai ambil jalan pintas dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia.

Korang tau tak, produk dengan bahan kimia tak kisahlah bahan solek atau penjagaan wajah mampu berikan hasil yang pantas. Tapi, kesan jangka panjangnya sangat membahayakan. Silap-silap korang boleh dapat kanser tau! Apa salahnya sabar sikit tunggu hasil sesuatu produk organik tu. Barulah korang boleh sihat luar dan dalam.

3. Yakin dengan diri sendiri

Percaya tak, yakin dengan diri sendiri dapat meningkatkan kecantikan dalaman korang? Korang cuma kena reset mind dan perlu yakin dengan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya individu lain takkan judge pun muka korang cantik ke tak, asalkan korang yakin dengan pembawakan diri. Yang penting personaliti dan kekemasan diri kena onz!

4. Sentiasa positif & jangan stress

Aku nampak buruklah! Jerawat ni besar sangat aku tak nak keluar rumah lah!

Ni merupakan masalah typical terutamanya untuk kaum wanita. Asal rasa tak cantik atau nampak orang lagi cantik terus rasa down. Lepas tu start over thinking, last sekali stress sendiri.

Korang tau tak, sifat yang positif merupakan magnet bagi menarik orang lain untuk berminat dengan kita. Daripada sifat ni lah, kita dapat hasilkan aura gembira dan menceriakan orang sekeliling. Bila happy, korang pon tak stress.  Barulah kecantikan dalaman korang terserlah!

5. Ambil makanan tambahan untuk bantu naikkan seri dalaman

Selain jaga pemakanan dan berfikiran positif, satu lagi cara nak zahirkan kecantikan korang secara natural ialah dengan mengambil makanan tambahan atau produk kesihatan yang diperakui selamat dan mendapat nasihat doktor atau pharmacist.

Makanan tambahan ni penting bagi membantu membekalkan nutrien tertentu kepada badan. Ia selalunya diambil dalam bentuk tablet, kapsul, serbuk, gel, sirap, minuman atau energy bar. Semakin usia bertambah, badan kita akan hilang banyak nutrien penting. Jadinya, makanan tambahan dapat bantu bekalkan nutrien yang diperlukan.

Watsons tawar promosi produk kesihatan sehingga 30% sempena Get Active Deals. Wow!

Watsons ni ada je promosi yang dibuat setiap minggu. Kali ni bagi membantu korang menjaga kesihatan, Watsons tawarkan harga promosi sehingga 30% bagi produk kesihatan yang terpilih sempena #GetActive Deals. Antara produknya ialah BLACKMORES, LENNOX, Cetaphil, KINOHIMITSU dan banyak lagi!

Kalau nak tau produk apa lagi yang ada promosi macam ni, korang pergi je ke Facebook Watsons. Korang mesti rambang mata punyala nak pilih produk kesihatan sebab berbaloi kalau beli sekarang.

Tawaran #GetActive Deals ni hanya untuk waktu yang terhad je tau, mulai 28 Ogos sehingga 2 September 2019, rugi kalau korang lepaskan peluang ni. Tunggu apa lagi, jom ke Watsons berdekatan untuk dapatkan rangkaian produk kesihatan korang atau nak lagi mudah singgah je laman web Watsons.

Jom shopping produk kesihatan dengan #GetActive Deal daripada Watsons hari ni juga!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×