berita

5 Tahun Berkenalan, Gadis Melayu Kahwini Suami Kacukan Chinese-British Curi Tumpuan

June 27th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sepasang kekasih berlainan kaum dan agama baru sahaja selamat bernikah dan menjadi topik perbualan di laman Twitter. Netizen ‘selongkar’ identiti suami isteri ini dan mendapati gadis tersebut warganegara Malaysia manakala suaminya itu kacukan Chinese British.

Pasangan ini dikenali sebagai Hayden dan Nina menerusi akaun Youtube menjawab soalan dari netizen mengenai pertemuan antara mereka. Malah, turut berkongsi kisah percintaan dari zaman belajar lagi.

Lima tahun berkenalan

Menerusi perkongsian daripada mereka, pasangan ini dikhabarkan telah berjumpa dan berkenalan semasa melanjutkan pelajaran di University of Winchester, di United Kingdom. Perkenalan mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin apabila sah berkahwin pada penghujung 2019. Keputusan itu dibuat setelah masing-masing berkenalan sejak 5 tahun lalu.

Berkongsi kisah bersama penonton

Pasangan ini bersepakat untuk mewujudkan akaun Youtube yang diberi nama NaydenToNina bertujuan berkongsi pengalaman dan kisah menarik mengenai perkahwinan campur. Ramai penonton ingin mengetahui kisah kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang dahulunya berlainan agama dan kefahaman budaya. Kini, masing-masing perlu memberi sokongan positif dalam menjalani kehidupan baharu.

Islam is beautiful 

Nina mengakui agak sukar ketika bercinta dahulu disebabkan perbezaan kaum, budaya dan negara. Hubungan mereka itu adalah sukar diibaratkan seperti roller coaster. Disoal mengenai pandangan peribadi Hayden terhadap agama Islam, dia mensyukuri dan melihat Islam sebagai agama yang indah.

Islam is the beautiful religion. I need to learn about such as the prays, solat five times a day. It’s take time to doing.

Sumber: HaydenToNina, Hayden & Nina

SKIP THIS AD ×