berita

5 Trivia Menarik Anugerah Juara Lagu ‘Dulu-Dulu’ Sebelum Tahun 2000

March 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui, setiap tahun pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) akan menyaksikan persaingan yang begitu sengit di antara penyanyi yang berjaya ke peringkat final. Pentas penuh berprestij ini, akan diadili oleh juri-juri yang profesional dalam menentukan siapa yang layak merangkul gelaran juara sekali gus, dinobatkan sebagai lagu yang terbaik.

Artikel Berkaitan: Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini Tanpa Penonton

Artikel Berkaitan: #BaikSemula Suntik Semangat Baharu Rakyat Malaysia. Ayuh Bangkit!

Artikel Berkaitan: Aishah Tolak Ego, Tuntut Ilmu Nyanyian Dengan Guru Vokal Demi AJL35

Pentas AJL ini dibawakan khas, oleh stesen televisyen nombor satu di Malaysia iaitu TV3. Berikutan, AJL35 tidak lama lagi akan berlangsung, kami di Team OHBULAN! akan kongsikan kepada anda apa yang menarik sepanjang AJL berlangsung sejak tahun 1886 sehingga ke tahun 2000. Jom sama-sama kita layan.

1. Juara pertama AJL1

Buat pertama kali pentas AJL berlangsung pada tahun 1986, menyaksikan penyanyi Francissca Peter berjaya merangkul gelaran juara. Pada malam penuh gilang-gemilang itu, Francissca Peter membawakan lagu Sekadar Di Pinggiran hasil air tangan Manan Ngah bersama Lukhman S.

Kemenangan pertama beliau, secara tidak langsung menjadi ‘penanda aras’ buat penyanyi-penyanyi baru yang sedang meningkat naik dalam menempa nama dalam industri. Bukan itu sahaja, persembahan yang dibawakan oleh Francissca Peter pada malam itu, berjaya memukau para pendengar.

Penyanyi suara emas, muzik lagu pun sedap, memang patut lagu ini dapat tempat pertama pada pertandingan AJL pertama diadakan tahun 1986, Francissca Peter dapat 3 anugerah masa AJL1986. Aku jamin lagu ini akan kekal hidup untuk 100 tahun atau lebih.

Tidak berakhir di situ, sehingga kini lagu tersebut masih diputarkan di corong-corong radio dan didengari oleh anak-anak muda.

2. Kemenangan pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi kegemaran nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi pernah merangkul gelaran juara buat pertama kali pada tahun 1996 bersempena AJL11. Kemenangan tersebut, merupakan kemenangan TokTi sepanjang pembabitannya dalam industri seni. Pada masa yang sama, beliau berentap dengan artis-artis lain ketika beliau berusia 17 tahun dan dalam persiapan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada malam tersebut, beliau membawakan lagu Jerat Percintaan hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dan Hani MJ. Kemantapan dan kelunakan suara TokTi tidak perlu disangkal lagi dan berjaya menambat hati juri pada malam itu.

Kemenangan TokTi dalam AJL berterusan apabila beliau sekali lagi muncul juara dalam AJL13 dan AJL15 membawakan lagu Cindai dan Balqis selang tahun yang berikutnya.

Kemenangannya kali ketiga dalam pentas AJL secara tidak langsung berjaya menempa nama beliau ke satu peringkat yang lebih tinggi.

3. Komposer pertama berjaya menang AJL sebanyak 3 kali

Penyanyi dan komposer terkenal M.Nasir, berjaya menjadi komposer pertama yang memenangi AJL menerusi beberapa lagu yang dipertandingkan. Antaranya lagu yang dinyanyikan hasil ciptaan bersamanya ialah Tanya Sama Itu Hud Hud pada tahun 1994, Ghazal Untuk Rubiah pada tahun 1997, dan Andalusia pada tahun 1999.

Kemenangan M.Nasir ketika itu, disifatkan sebagai kemenangan yang berterusan kerana berjaya merangkul gelaran juara setiap kali bertanding walaupun perbezaan tahun.

4. Persaingan sengit 3 sahabat

AJL 13, menyaksikan persaingan sengit antara 3 artis iaitu Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Ziana Zain. Walau bagaimanapun, kemenangan malam tersebut berjaya dirangkul oleh TokTi yang mendendangkan lagu Cindai pada malam tersebut.

Manakala Noraniza Idris membawa pulang anugerah persembahan terbaik manakala, Ziana Zain memenangi dalam kategori balada. Tidak berakhir di situ, pasangan penyanyi adik beradik terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain masing-masing berentap dalam AJL13 namun tidak bertanding dalam kategori yang sama.

5. Kemenangan dua dalam satu

Bagi pentas AJL3 menyaksikan kemenangan kepada Ramlah Ram yang mendendangkan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati hasil ciptaan Ahmad Nawib dan Wielid. Bukan itu sahaja, pada malam itu Ramlah Ram turut berjaya merangkul satu pengiktirafan yang lain iaitu persembahan terbaik.

Jika dilihat menerusi persembahannya, beliau kelihatan begitu menjiwai lagu yang cuba disampaikan dan berjaya memukau hati para penonton. Kepada anda semua, jangan lupa untuk menonton AJL35 yang akan bersiaran pada 14 Mac ini, tepat jam 9 malam di kaca televisyen anda.

Anda juga boleh menggunakan #AJL35 bagi memberikan sebarang pandangan mahupun komen sepanjang program itu berlangsung. Bagi maklumat yang lebih lanjut, anda di rumah boleh layari www.anugerahjuaralagu.com bagi mendapatkan info-info yang terkini dan di sebalik persiapan AJL35.

Sumber: YouTube

SKIP THIS AD ×