berita

5 Vlogger Tempatan Tengah ‘Up’ Yang Buat Kami Tak Kering Gusi. Last Tu Paling Kelakar!

January 17th, 2017 | by Ai
Video Popular

 

cover personaliti

Suatu ketika dahulu nama seperti Matluthfi dan Anwar Hadi terkenal di Youtube sebagai vlogger tempatan yang membuat video yang bukan sahaja kelakar tapi mempunyai mesej dengan cara yang santai tapi ‘makan dalam’. Dengan perkembangan sosial media yang semakin maju sekarang, kita dapat lihat semakin ramai vlogger yang mempamerkan bakat masing-masing melalui video yang dimuatnaik mengikut kreativiti masing-masing.

Vlogger ni tak semestinya buat video kat Youtube. Kadang-kadang kat Instagram pun video mereka berjaya tarik perhatian sebab content yang dibicarakan menarik atau mereka sendiri memang manusia yang unik. Jom ushar lima personaliti vlog yang kami pilih untuk ketengahkan kali ini!

1. Zack Merican

Screen Shot 2017-01-17 at 1.47.48 PM

“Whaddup guys, it’s your boy Zackkkk Merican!” Itulah trademark jejaka bernama Zack ini ketika membuat introduction dalam video-video Youtubenya. Zack dikenali kerana membuat video-video wawancara santai bersama artis tempatan di dalam keretanya.

Orang kata Zack ni pandai ‘ayat’ awek. Video yang dia buat kebanyakannya interview artis cun-cun. Check out cara Zack sembang dengan gadis-gadis cun ni, mana tau boleh belajar nak cairkan hati awek-awek kat luar sana!

Instagram: zackmerican

2. Harvinth Skin

Screen Shot 2017-01-17 at 2.08.16 PM

Korang memang ada problem kalau tak gelak tengok video Harvinth ni. Pandai troll dan guna sarcasm dengan cara bersahaja dan tak try hard. Semakin dikenali apabila video parodinya tentang Coco viral di laman sosial.

I'm in love with the King CoCo ??Follow me on Snapchat, Instagram & Twitter for more : @harvinthskin

Posted by Harvinth Skin on 4hb Januari 2017

Instagram: harvinthskin

3. Syafawati Khairunnisa

Screen Shot 2017-01-17 at 2.17.25 PM

Apa yang win pasal Syafa ni, sebab dia straightforward dan tak berpura-pura dalam penyampaiannya tak kiralah sebagai hos televisyen atau vlogger Youtube. Kadang-kadang komentar yang dibuat terlalu jujur, dan itulah yang kelakar dan menjadi kelebihan Syafa berbanding personaliti-personaliti lain.

Instagram: nnisa.mo

4. Sarancak

Screen Shot 2017-01-17 at 2.32.02 PM

Ini seorang lagi gadis yang sangat bersahaja dan takde nak cover cun. Dengan latar belakangnya sebagai penyampai radio dan pelakon teater, tidak hairanlah Sara diberi nama jolokan ‘Ratu Pickupline Malaysia’. Mana taknya, sampai menteri pun dia ‘ayat’ dan kasi pickupline!

Ini memang pickup line BERANI MATI @sarancak buat YB @khairykj #SaraBuatSibuk

Posted by Hot FM on 6hb Oktober 2016

 

Instagram: sarancak

5. Coco (Paling kelakar!)

Coco ni antara ‘vlogger’ paling viral tahun 2017 setakat ni. Selain mempunyai slang percakapan yang unik, Coco menjadi bualan hangat apabila mengahwini seorang jejaka hartawan awal tahun ini.

P/s: Dia tak ada akaun Facebook, Twitter dan Youtube tau, semua tu fake accounts!

Instagram: kingcoco

So, mana satu favorite korang antara lima personaliti yang disenaraikan ni? Jom share dengan kami!

SKIP THIS AD ×