Bagi setiap pasangan yang berkahwin inginkan kehidupan sehidup semati bersama pasangan masing-masing. Namun ajal maut di tangan tuhan, siapa sangka baru 50 hari mendirikan rumah tangga, si isteri kehilangan seorang suami kerana terlibat dalam kemalangan ketika menyelam pada tahun 2018.
Terbaru, menerusi Twitter Ateng, dia berkongsi video kenangan bersama arwah suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tiga. Dia turut meluahkan rasa syukur sempat mendirikan rumah tangga bersama arwah suaminya walau dalam tempoh masa yang singkat.
Ulang tahun ke 3 tanpa sayang
Happy anniversary yg ke 3 tahun sayang! Walaupun kita terpisah jauh antara 2 dunia, rasa cinta aku pada kau masih seperti dulu. Rindu kau abang. Rindu. Dan rindu ni sakit. 3 tahun aku sambut anniversary tanpa kau. Perit sebenarnya. Aku happy orang wish bfday aku, tapi pic.twitter.com/TWmOSCun02
— ????? ????? (@atengsepet) January 29, 2020
Jika sebelum ini, Ateng pernah menceritakan tentang detik cemas dirinya ketika menerima berita berhubung kemalangan arwah suaminya ketika menyelam. Penceritaannya sungguh menyentuh hati sehinggakan ramai yang bersedih. Dia berada di sisi arwah suaminya sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.
Walaupun peristiwa hitam itu telah berlalu, namun perasaan rindu terhadap suaminya kian membuak-buak. Telah genap 3 tahun ulang tahun perkahwinan mereka, dan Ateng hanya menyambut seorang diri sambil menahan derita di hatinya.
50 hari penuh bermakna
Tambahnya lagi, hari ulang tahun perkahwinannya sama dengan tarikh lahirnya. Oleh itu dia kerap kali bersedih apabila tiba waktu hari lahirnya. Walaupun dia hanya sempat mendirikan rumah tangga bersama suami hanya dalam tempoh 50 hari, dia masih rasa bersyukur kerana sempat hidup bersama. Baginya, 50 hari bersama merupakan hari yang penuh bermakna dalam kamus hidupnya.
Allah dah atur dengan cantik
Sumber: Ateng