berita

50 Juri Selebriti Akan Dipanggil Polis Beri Keterangan

June 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, menjadi perbualan ramai mengenai kehadiran kira-kira 50 selebriti dalam sebuah program realiti yang didakwa berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP). Tayangan rakaman bagi program tersebut bagaimanapun telah ditunda buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan tersebut.

Artikel berkaitan: Isu 50 Selebriti Di Program Hiburan, Majlis Keselamatan Negara Arah Siasatan Dilakukan

Artikel berkaitan: 50 Selebriti Di Program Realiti, Netizen Bandingkan Dengan Kapasiti Kehadiran Jemaah Masjid

Terbaharu, memetik laporan BH Online, pihak polis bagaimanapun akan memanggil kesemua 50 orang selebriti yang dipercayai terlibat dalam program rakaman All Together Show Malaysia bagi membantu siasatan.

Terima aduan

Pada 8 Jun lalu, pihak polis telah menerima aduan dari seorang individu berhubung laporan mendakwa penggambaran rancangan tersebut berlaku pelanggaran SOP apabila kelihatan 50 orang selebriti tidak memakai pelitup muka. Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya iaitu Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Pihak polis menerima aduan daripada lelaki berkenaan pada jam 5.55 petang, 8 Jun lalu, dan hasil siasatan awal polis mendapati penggambaran rancangan ATNM ini dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 3 Mac 2021 hingga 11 April 2021, dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif-Acara Langsung (PKPP) yang berkuat kuasa ketika itu.

Pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50 peratus kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitiup muka dan penjarakan fizikal.

Tidak mensensasikan fakta atau isu

Malah, Ketua Polis Daerah Putrajaya melaporkan aduan tersebut akan disiasat Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan menasihati agar orang ramai tidak mensensasikan fakta atau isu mengenai kes pembabitan 50 orang selebriti dalam program rakaman ini.

Selain itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk terus kekal mematuhi PKP serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam usaha mencegah dan memutuskan rantaian penularan jangkitan pandemik COVID-19 dan tidak mensensasikan fakta atau isu berkenaan kes ini.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×