berita

51 Kanak-Kanak Cedera Disembur Asid Oleh Individu Tak Dikenali Di Tadika

November 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada hari ini, banyak perkara yang kejam dan tidak berperikemanusian sanggup dilakukan oleh penjenayah semata-mata untuk memuaskan hati mereka. Bahkan apa yang memilukan, mereka ini sanggup menjadikan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa sebagai mangsa.

Terbaru Berita Harian melaporkan, puluhan kanak-kanak mengalami detik cemas dan mengerikan selepas diserang seorang individu secara tiba-tiba.

Panjat dinding tadika

Menurut portal itu, seorang lelaki telah bertindak memecah masuk ke dalam sebuah tadika di barat daya China, kelmarin dan bertindak menyembur cecair asid kepada lebih 50 orang kanak-kanak.

Serangan itu dipercayai berlaku pada jam 3:35 petang apabila lelaki terbabit memasuki tadika tersebut dengan memanjat dinding sebelum bertindak menyembur kesemua mangsa dengan cecair natrium oksida.

Menurut pihak berkuasa di bandar Kaiyun di wilayah Yunnan, suspek merupakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Kong dan baru berusia 23 tahun.

Masalah mental

Tambah pihak berkuasa, suspek berkemungkinan mengalami masalah gangguan mental akibat daripada penceraian ibu bapa ketika di zaman kanak-kanak.

Akibat ibu-bapa bercerai semasa zaman kanak-kanak, kurang kasih sayang keluarga berkemungkinan menyebabkan suspek mengalami gangguan mental.

Kong bagaimanapun telah diberkas polis kurang sejam selepas melakukan serangan itu.

Susulan daripada kejadian tersebut, kira-kira 51 orang kanak-kanak dan tiga guru dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan dengan dua mangsa dilaporkan mengalami ‘gejala teruk’.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×