berita

57 Kelasi Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Tidak Pernah Pulang Ke Darat, 35 Hari Berlayar

July 15th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Selepas 35 hari berada di laut, seramai 57 orang kelasi dari kapal Echizen Maru telah sah dijangkiti Covid-19 walaupun sebelum itu mereka disah negatif penyakit tersebut. Kapal pukat tunda Echizen Maru itu telah kembali ke pelabuhan di Argentina setelah beberapa kru menunjukkan gejala Covid-19 itu.

Sah positif lepas ujian baru

Menurut kementerian kesihatan wilayah Tierra del Fuego selatan, 57 orang kelasi daripada 61 anak kapal itu didiagnosis positif virus itu selepas menjalani ujian baru.

Menurut laporan, dua pelaut telah dimasukkan ke hospital dan daripada empat orang pelayar yang tinggal, dua disah negatif dan dua masih menunggu keputusan ujian. Walaubagaimanapun semua anak kapal itu telah menjalani 14 hari kuarantin di sebuah hotel di bandar Ushuaia.

Pengarah penjagaan kesihatan primer di Tierra del Fuego, Alejandro Alfaro berkata susah untuk mengetahui bagaimana mereka ini dijangkiti kerana selama 35 hari itu mereka langsung tidak pulang ke darat dan bekalan hanya dibawa daripada pelabuhan Ushuaia.

Kes melarikan diri

Tambahnya lagi, satu pasukan telah mengkaji kronologi gejala di antara kru bagi menentukan dari mana datangnya penularan wabak tersebut dan kawalan keselamatan telah dilakukan di sekitar kapal bagi memastikan tiada proses keluar masuk tanpa izin berlaku.

Ketua jabatan penyakit berjangkit Hospital Wilayah Ushuaia, Leandro Ballatore percaya bahawa ini berkait dengan kes melarikan diri ketika sesi keterangan dalam penerbitan dan mereka juga belum dapat jelaskan bagaimana gejala tersebut muncul.

Pada Ahad (12 Julai) sehingga ke hari ini, Argentina mencatat lebih 100,000 kes coronavirus dengan 1,859 kematian dan majoriti berada di kawasan Metropolitan Buenos Aires. Selain itu, pelancongan domestik dibuka semula pada akhir Jun setelah sebulan tiada kes baru.

Sumber : Lad Bible

SKIP THIS AD ×