berita

6 Benda Korang Wajib Buat Sebelum Balik Raya, Kalau Tak, Kelam-Kabut Jadinya!

May 28th, 2019 | by faris
Kini Trending

Pejam celik, Syawal bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi. Sudah menjadi kebiasaan untuk warga kota pulang ke desa masing-masing bagi merayakan hari kemenangan ini bersama keluarga tersayang. Balik kampung, balik kampung juga, tapi ada yang perlu dilakukan sebelum dapat beraya. Wajib tengok checklist ini!

Servis kereta untuk perjalanan jauh

Bagi mereka yang pulang ke kampung dengan kereta, aspek penting yang perlu ditekankan adalah memastikan kenderaan diservis terlebih dahulu. Keadaan tayar, brek, pendingin hawa, tali pinggang keselamatan dan ciri-ciri keselamatan lain wajib diperiksa dan ditukar jika perlu.

Apatah lagi bagi perjalanan jauh memakan masa berjam-jam. Kejadian tidak diingini boleh berlaku, namun setidaknya kita berusaha untuk mengelak sebagai ikhtiar melindungi diri dan keluarga.

‘Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi’

Benda paling ditunggu-tunggu anak kecil di musim ini tentulah duit raya! Untuk mengelakkan kekecewaan dan kesulitan, tukarkan duit raya di bank berhampiran sebelum terlambat. Ini kerana setiap bank semestinya mempunyai peruntukan tersendiri bagi jumlah duit raya diedarkan.

Zakat fitrah settlekan awal-awal

Nilainya mungkin tidak banyak, namun keberkatannya dijamin. Sekarang bukan hanya di masjid-masjid atau pusat beli-belah sahaja menyediakan kiosk bagi pembayaran zakat fitrah, bayar online pun boleh! Bayar dari mana pun tak ada masalah, tak ada lagi alasan terlupa atau terlepas pandang lagi.

Maklumkan jiran dan polis bila balik kampung

Teruja hendak berbuka dengan keluarga besar di kampung, keselamatan rumah di bandar jangan sesekali diabaikan. Pastikan segala pintu dan tingkap dan jeriji dikunci rapi. Maklumkan kepada jiran terdekat tempoh ketiadaan korang, bolehlah mereka menjenguk bila perlu. Boleh juga laporkan kepada pihak polis supaya mereka boleh menambah kekerapan rondaan di kawasan terlibat.

Buat senarai semak keperluan

Bayangkan balik kampung tapi ada benda penting tertinggal, mesti leceh dan menyusahkan! Untuk mengelakkan kejadian sebegini, buat checklist item penting sebelum mengemas beg. Charger telefon atau laptop, extension, toiletries mahupun ubat-ubatan penting antara yang perlu diambilkira.

Tiket atau boarding pass jangan dilupa!

Ingat lagi iklan raya TNB tahun lepas? Tentu sekali korang tak mahu ketinggalan bas ataupun flight hanya kerana tiket hancur lebur ‘dikisar’ mesin basuh. Nampak macam lawak, tapi benda ini boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Elakkan perkara tidak diingini dengan langkah berwaspada meletakkan tiket atau boarding pass bersama dokumen diri pada satu tempat yang senang dilihat sebelum dicapai ketika bertolak.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×