Usia dah semakin meningkat, tapi masih belum ada pasangan yang ideal untuk dijadikan teman hidup?
Jangan risau, kami pun menghadapi dilema yang sama. Maklumlah, pemilihan pasangan hidup memang menjadi masalah utama bagi wanita.
Tapi, alangkah bahagianya jika bakal suami ataupun boyfriend Mek nanti ada ciri-ciri superhero. Confirm hidup selamat dan tenteram.
Boleh Melindungi Dari Sebarang Bahaya
Abang sado belum tentu dapat lindung para gadis dari bahaya. Tapi, kalau bercinta dengan superhero, dah tentu-tentulah selamat. Dah nama pun superhero.
Tak Payah Tunggu Offer Tiket Kapal Terbang Murah
Sebagai rakyat marhaen, kami terpaksa menunggu syarikat penerbangan untuk offer tiket murah. Tapi, kalau dah dapat Mr. Superhero, tak perlu risau lagi. Suruh je dia bawa kita terbang kemana-mana saja.
Tak Suka Melihat Kepayahan Orang
Inilah sifat lelaki yang boleh bikin hati wanita cair. Tahu tak perempuan suka bila melihat lelaki yang ringan tulang dan suka membantu? Kalau dah jadi suami nanti, confirm koranglah wanita terbahagia didunia.
Boleh Membantu Buat Kerja Rumah
Haa, siapa yang tak suka jika mempunyai pasangan yang ringan tulang kan? Eh, bukan korang je yang suka, mak ayah korang pasti approve kalau dapat bakal menantu macam ni.
Kesetiaan Yang Menyentuh Hati Korang
Kesetiaan adalah penting dalam kehidupan. Kalau kami, memanglah nak pilih lelaki yang setia. Maklumlah, kami ni kuat cemburu sikit.
Korang jangan salah faham tau, setia tu bukanlah saja pada kami sorang, tapi kalau boleh pada negara dan agama sekali.
He’s The Man
Dialah yang paling kaya, paling bijak, paling kelakar. Fuh! Pokoknya, kalau dapat ciri-ciri lelaki macam ni, dah boleh kira macam korang terpijak tuah tau!
Tapi, walaupun mereka tak adalah kaya-raya, tapi dengan sifat yang ada pada mereka inilah yang buat dia kaya dimata korang. Cewah!
Jadi, kalau korang nak tengok lelaki-lelaki mithali yang sesuai sangat dijadikan calon suami korang, jangan lupa tonton Marvel’s Avengers: Age of Ultron di pawagam berhampiran pada 23 April 2015 okay!
Sebelum tu, kami nak belanja sikit trailer filem hebat ini. Enjoice!
Kredit Foto: Google Images