berita

6 Kali Menghadapi Keguguran, Kisah Ketabahan Tunku Azizah Ini Jadi Inspirasi Buat Semua Wanita

February 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Raja Permaisuri Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menyempurnakan upacara penuh adat istiadat melafaz sumpah memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.

Apa yang menarik perhatian rakyat lagi adalah kisah ketabahan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha mendapatkan zuriat yang perlu dijadikan sumber inspirasi buat golongan wanita.

Terpaksa menanti 10 tahun

Kisah ketabahan baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar ini sewajarnya menjadi sumber inspirasi buat semua golongan wanita yang berusaha inginkan zuriat.

Menurut MalaysiaKini, sudah enam kali baginda menghadapi keguguran dan 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI). Tambahan pula, baginda terpaksa menanti 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata dari zuriat sendiri.

Tidak pernah berputus asa

Menurut orang penting baginda, Saerah Ali yang telah berkhidmat sejak 1986 hingga kini berkata baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat dan baginda tidak sesekali berputus asa.

Baginda seorang yang aktif

Saerah Ali telah berkhidmat sejak 1986 hingga kini. Foto: Utusan Online

Keguguran pertama berlaku semasa kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.

Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil.

Saerah Ali merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls‘ dari tiga pembantu asal baginda Tunku Azizah yang masih tinggal dan menurutnya lagi baginda sememangnya dikenali sebagai seorang yang aktif.

TAFF inspirasi dari pengalaman baginda

Berdasarkan pengalaman menjalani rawatan kesuburan telah memberi inspirasi buat baginda Tunku Azizah menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu golongan wanita yang melalui ujian yang sama.

Ketika baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.

TAFF adalah bukti sifat empati tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum.

Baginda Tunku Azizah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya baginda Tunku Azizah dikurniakan cahaya mata Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.

Sumber: MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×