berita

6 Perkara Yang Patut Korang Buat Di Bazar Sepanjang Ramadan Ni!

June 22nd, 2016 | by Epul
Make-It-Senang

ezgif.com-optimize (3)

Bulan ramadan sememangnya dinanti oleh semua khususnya umat Islam. Ye la bukan saja orang Isalam je yang berpuasa, ada juga mereka yang bukan Islam turut sama berpuasa dan merasai nikmat berpuasa.

Okay bila tibanya ramadan, Malaysia sangat sinonim dengan bazar ramadan kan? So kalau korang pergi bazar apa yang dicari selain murtabak, kuih pelita, roti john dan sebagainya? Nak cari apa pun yang penting kena berhemah ye.

Kami sebenarnya nak berpesan dan kongsikan satu KEJUTAN buat korang di bulan ramadan ni… Baca sampai habis kalau tak korang terlepas peluang untuk….

1. Banyakkan bersedekah, kurangkan juadah

good thumb

Baiklah, sepanjang bulan ramadan ni kami nak ajak korang untuk selalu bersedekah sebab amalan ni antara amalan yang terpuji dan semestinya Allah janjikan ganjaran yang cukup besar buat orang yang bersedekah.

Bila ke bazar tu, kalau nampak orang yang sangat memerlukan, apa salahnya kita hulurkan sedikit sumbangan tidak kiralah dalam bentuk tunai mahupun makanan. #bukanselalu

2. Parking dengan berhemah…jangan stress pula

ezgif.com-optimize (11)

Nama pun bazar kan.. Jadi memang ramailah manusia dan bila mana ada manusia mesti banyak juga kenderaan. So bila datang bazar kenalah ada sifat saling faham memahami lagi-lagi bab parking kenderaan.

Jangan pula korang tawaf sampai 10 – 15 kali dalam bazar tu. Kalau boleh dah beli apa yang korang perlukan terus balik ke rumah, so korang pun ada masa bersama tersayang menyediakan tempat berbuka puasa barulah bahagia rumah tangga.

P/S : Ha kan elok macam ni boleh bagi peluang dekat orang lain untuk parking pula.

3. Waspada penyeluk saku

jarak giphy

Sila ambil perhatian ye buat semua yang suka masuk ke bazar ramadan tu, sila berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling korang. Sebab maklum sajalah dalam bazar tu macam-macam jenis manusia, jadi seeloknya kita berjaga-jaga sebelum menyesal.

Kami cadangkan korang bawa wang secukupnya dan tak perlu bawa bag dompet atau tas tangan masuk bazar ye. Tak kan la bawa kad debit masuk bazar kan? He..He..He. So fikir-fikirkanlah.

4. Eratkan silaturrahim sesama manusia

ezgif.com-crop (13)

Okay seterusnya eratkan hubungan silaturrahim sesama manusia, tak rugi pun kan. Mana tau dapat kuih free daripada peniaga kuih muih sebab korang mesra dengan mereka.

Maklum sahajalah bulan puasa ni memang korang akan nampak insan-insan yang cuba berubah kearah kebaikkan, so kita ni bila lagi? He..He..He insya’allah pelan-pelan kayuh.

P/S: Dapat kenal dengan ayah mertua dekat bazar pun apa salahnya..eh!

5. Beli yang perlu sahaja… Jangan membazir

ezgif.com-optimize (9)

Bila berpuasa ni, nafsu makan memang membuak bila melangkah masuk ke bazar ramadan. Eleh tak nak mengaku la tu, chill la kami pun rasa apa yang korang rasa. He..He..He.

Ni kami nak pesan sebelum masuk bazar tu jangan lupa senaraikan apa yang korang perlukan sahaja. Jangan la sampai setiap kedai nak diterjah nanti takut terlepas waktu berbuka.

6.Cari trak webe dan dapat duit raya & hadiah-hadiah gempak!

Event-Page-Cover-Raya-3

Bila dengar pasal duit raya, siapa yang tak excited kan? Haaa, korang berpeluang untuk menang duit raya & hadiah-hadiah menarik bila join benda ni!

Korang berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik bila join benda ni! Meh kami terangkan sikit apa sebenarnya yang berlaku. webe dengan kerjasama Huawei dan ZTE akan memberi peluang kepada pengunjung bazar ramadan untuk pulang bukan saja membawa makanan untuk berbuka.

Tapi juga hadiah yang lumayan dan mewah untuk korang gunakan pada hari raya kali ni. Best kan? Nak tau apa yang webe nak bagi korang dekat bazar tu nanti?

Shock

Antaranya wang tunai RM850, telefon percuma tajaan Huawei (Mate 8) juga tajaan ZTE (Blade V7 Lite) , voucar telefon bernilai RM 200 dan kamera Itouch.

Banyak kan hadiah yang gempak-gempak dari webe ni, so jangan lepaskan peluang keemasan ni tau. Bermula 23 sehingga 28 Jun ini jangan lupa terjah bazar-bazar berikut untuk join dan menang hadiah-hadiah tersebut :

850-Event-Table-ZTE

Eh bukan dekat situ saja tau, dekat sini pun ada juga :

850-Event-Table-Huawei

Jangan lupa ikut langkah di bawah ni untuk tidak pulang dengan tangan kosong:

a- Muat turun aplikasi Kempen 850 oleh webe untuk IOS dan juga pengguna Android

b- Terjah lokasi-lokasi yang berikut bermula 23 – 28 Jun bermula jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam.

c- Cari Duit Raya Machine dan jawab soalan ringkas daripada wakil webe seterusnya jangan lupa scan kod rahsia

d- Dapatkan reward yang disediakan.

Okay sekarang kami harap korang tidak berlengah-lengah, sebab mana tau raya tahun ni boleh la snap gambar guna telefon baru, tak pun dapat duit raya extra kan daripada webe.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan terma dan syarat Duit Raya Machine anjuran webe ni, korang boleh klik sini dan semoga murah rezeki korang yer tahun ni.

P/S : Kalau dapat duit raya jangan lupa kami di OHBULAN! ni.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×