berita

6 Sebab Kenapa GEMINI MAN Filem Wajib Tonton 2019! Siap Ada Kembar Will Smith Weyh!

September 23rd, 2019 | by Epul
Filem Antarabangsa

Selalunya kalau cakap tentang Gemini, kita mesti akan kaitkan dengan kepercayaan zodiak berdasarkan bulan kelahiran. Menurut kepercayaan, individu yang berbintang Gemini ni, mampu membawa 2 personaliti dalam diri mereka.

Tapi, boleh bayangkan tak kalau korang berjumpa dengan individu yang ada raut wajah dan berfikiran sama dengan korang? Haaa.. Creepy kan? Tulah salah satu sebab, kenapa korang kena tengok filem GEMINI MAN ni!

GEMINI MAN diperam selama 22 tahun. Wow!

Haa.. Kalau korang nak tau, GEMINI MAN dah ada ura-ura nak dikeluarkan daripada tahun 1997 lagi tau! Filem ni melalui fasa-fasa gelapnya selama 20 tahun, sehinggalah pada tahun 2017 Skydance Media membeli hak cipta penyiaran (selepas filem ini diolah beberapa kali) daripada Disney.

Akhirnya pada tahun 2018, filem ini berjaya memulakan penggambarannya di bawah Skydance Media dengan Paramount mengendalikan hak penyiarannya. Penggambaran filem ni mengambil masa hampir 3 bulan mulai Februari sehingga Mei 2018.

Arahan pengarah terkemuka Ang Lee.

Siapa yang tak kenal pengarah serba boleh dan pemenang anugerah, Ang Lee. Bukan je hebat dalam pengarahan, Ang Lee juga pernah menjadi penulis skrip dan pelakon filem tau. Antara filem yang pernah dilakonkannya ialah The Wedding Banquet (1993) dan The Hulk (2003).

Ang Lee dipilih untuk mengarahkan GEMINI MAN kerana arahan hebatnya untuk beberapa filem sebelum ini iaitu Eat Drink Man Woman (1994), Sense and Sensibility (1995), The Ice Storm (1997), Ride with the Devil (1999) dan Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000). Tak sabar pula nak tengok garapan Ang Lee untuk GEMINI MAN ni!

Banyak nama yang menjadi sebutan untuk watak Henry Brogan!

Memandangkan kisah ni dah pun ada ura-ura keluar sejak 1997, dah banyak nama yang bersilih-ganti untuk memegang watak utama, Henry Brogan ni.

Pada awalnya nama Will Smith takde pun untuk pegang watak utama ni. Antara nama yang pernah ditawarkan watak Henry Brogan ni ialah Harrison Ford, Mel Gibson, Clint Eastwood, and Sean Connery. Fuhh.. Hampir melepas tengok Will Smith berlakon watak mencabar ni.

Boleh tengok Will Smith muda & tua.. Serius laa?

Kalau selama ni, kita tengok movie yang pelakon utamanya memegang dua watak, kedua-dua watak tu biasanya pada lingkungan umur yang sama kan? Haaa.. Untuk GEMINI MAN ada dua Will Smith yang membawakan watak Henry Brogan. Satu versi tua dan satu lagi versi muda.

Kalau korang tengok trailer serius macam tengok Will Smith berlakon dengan anak dia padahal tu memang Will Smith yang sebenar. Kami pun hampir tertipu okay!

Pembunuh upahan yang diburu individu yang ada muka sama. Scarynya!

Lagi epik, Henry Brogan diburu tanpa pengetahuannya. Sudahlah yang memburu sama rupa, setiap gerak geri Henry pun dia mampu baca dengan tepat. Tapi, persoalannya siapa di sebalik pemburuan Henry Borgan ni?

Filem 3D dengan 60 frames sesaat, PERTAMA DI MALAYSIA!

Untuk korang yang suka perasaan ‘real’ bila tengok wayang. Ni kami nak bagitau, yang korang boleh rasai sendiri pengalaman menonton GEMINI MAN dengan kadar frame tertinggi, pertama kali di Malaysia okay!

GEMINI MAN ni akan disiarkan  dalam versi 3D dengan 60 frames sesaat yang pasti akan bagi korang kepuasan paling best sekali.

Kalau korang nak tau juga, pada tayangan awal filem GEMINI MAN yang akan diadakan pada 5 Oktober 2019 nanti, korang dapat tonton filem ni dengan 3D HFR (high film rates) tau!

Mesti gempak tengok aksi tembak-tembak dengan letupan dalam citer ni.

Tonton GEMINI MAN untuk ketahui siapa dalang disebalik pemburuan Henry Brogan.

Tak special la kalau kami bagitau siapa yang nak bunuh Henry Borgan kan. Ehh.. Sebenarnya kami pun tak tau siapa yang nak bunuh dia. So, jomlah kita serbu pawagam berdekatan untuk dapatkan jawapan siapa sebenarnya dalang dalam kisah ni!

Kenapa Henry Brogan diburu oleh indidvidu yang mempunyai raut wajah yang serupa dengannya? Dan siapa sebenarnya identiti individu tu? Ni kami belanja trailer untuk tambah debaran korang!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×