berita

6 Sebab Kenapa Korang Kena Tengok-Tengok Jiran Ketika Bulan Ramadan & Musim PKP Ini

May 15th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Setakat ini, macam mana puasa korang? Mesti rancak lauk berbuka puasa sebab semua kena duduk rumah. Rajin admin tengok korang masak dan post dekat akaun media sosial masing-masing. Dah macam ‘masterchef’ semua berlawan menu berbuka!

Tapi, korang ada tengok tak jiran sebelah rumah okay ke tak puasa-puasa ni? Entah cukup makan ke tidak, sihat atau sebaliknya? Baik korang cuba tanya khabar dan bantu apa yang patut sebab jiran ni penting bagi kita!

Yelah, kita tak tahu bila-bila masa kita sesak dan memerlukan mereka, jiranlah yang ada di sisi untuk membantu! Kenapa admin suruh korang tengok-tengok jiran ketika bulan Ramadan? Baca ni…

1. Mana tahu jiran tak cukup bahan nak masak

Tak semua orang berkemampuan macam kita. Sekali sekala, tanyalah jiran tu cukup bahan ke nak masak lauk buka puasa nanti. Entah-entah bawang habis ke, beras tak cukup ke, boleh hulur sikit…

Nak lagi murah rezeki, kongsi lauk dengan jiran. Kata orang, tak dapat tolong banyak, berkongsi sedikit rezeki hari ini pun jadilah. Moga-moga dapat balasan baiknya kelak.

2. Tak mampu keluar beli barang keperluan

Jiran kita ni tak semua umur sebaya macam kita tau. Ada yang lebih berusia, ada yang lebih muda. Jiran yang lebih berusia ni kita risau, lagi-lagi kalau duduk seorang diri. Entah larat atau tidak diorang nak ke kedai beli barang keperluan atau ubat-ubatan.

Jadi, sebagai jiran yang baik dan mengambil berat, apa kata korang tolong diorang ke kedai untuk belikan bahan keperluan asas atau ubat-ubatan. Kalau tidak, tumpangkan diorang sambil beli barang keperluan korang sekali, kan senang!

3. Tak larat kemas rumah atau buat persiapan raya

Seperti kebiasaannya dalam bulan Ramadan, mesti korang akan buat persiapan raya seperti mengemas rumah dan sebagainya. Kalau korang nampak ada jiran kurang upaya untuk buat kerja rumah, apa kata korang hulurkan tangan dan ringankan beban mereka.

Memandangkan kita menyambut raya secara sederhana tahun ini, memadai dengan membantu jiran sapu sampah, cuci longkang dan pelbagai lagi kerja rumah yang ringkas. Tapi, pastikan jaga jarak dan elakkan berkumpul ramai-ramai!

4. Tiada siapa tengokkan anak bila keluar

Bagi sesetengah ibu bapa yang ada anak kecil, susah bagi mereka nak keluar rumah untuk membeli barang keperluan dapur. Nak dibawa sekali, takut meragam. Nak ditinggal, bahaya pula. Apa kata korang tolong jaga anak jiran sementara diorang keluar.

Memandangkan musim PKP, memadai dengan memerhatikan anak jiran dari jauh. Bagi mereka main di laman rumah atau kawasan yang senang dilihat. Ingat, awasi penjarakan sosial!

5. Kurang akses internet untuk work from home

Ketika musim PKP ni, hampir semua daripada kita digalakkan untuk bekerja dari rumah (work from home). Tapi, tak semua di antara kita ada akses internet yang memuaskan untuk menyelesaikan tugasan di rumah.

Kadang-kadang tu, capaian internet lambat, liputan terhad dan sebagainya. Sebagai jiran yang baik hati, apa kata korang share kata laluan Wi-Fi dengan jiran supaya diorang tak tertekan dengan sambungan internet mereka…

Lagi menyedihkan, bila ada pelajar yang kena hadir online class tapi sambungan internet di rumah sangat menghampakan. Dengan berkongsi internet dengan jiran, mesti diorang tiada masalah untuk menyelesaikan urusan kerja dan pembelajaran harian kan?

6. Jadi teman untuk mereka yang duduk berseorangan

Kalau korang jarang bertegur sapa dengan jiran selama ni, Ramadan kali ni apa kata korang eratkan hubungan dengan bertanya khabar melalui panggilan telefon atau WhatsApp. Tanyalah anak-anak tak balik ke, masak lauk buka apa harini dan sebagainya…

Untuk jiran yang duduk berseorangan, ada baiknya korang call dan jadikan teman supaya mereka ada kawan untuk berborak. Dari situ, barulah korang dapat hidupkan semula hubungan sesama jiran.

Eratkan hubungan dengan jiran bersama Tropicana Twister

Ramadan kali ini, apa kata korang ‘Eratkan Jalinan dengan Jiran Anda‘ dengan berkongsi jus buah Tropicana Twister.

Mereka bekerjasama dengan Happy Fresh bagi menghasilkan Tropicana Pek Jiran supaya memudahkan korang mendapatkan jus buah Tropicana Twister, seterusnya membolehkan korang berkongsi nikmat berbuka dengan jus buah Tropicana Twister bersama jiran.

Tropicana Pek Jiran mengandungi 4 botol jus buah Tropicana Twister, sama ada botol kembar atau individu 1.5 liter (L) perisa Oren atau Epal. Dijual pada harga diskaun 30%, pek bundle ini turut disertakan kad ucapan percuma supaya korang boleh menulis ucapan khas untuk jiran korang.

Apa yang perlu korang buat hanyalah tambahkan Tropicana Pek Jiran ke dalam cart beli-belah Happy Fresh, bayar dan produk akan dihantar ke rumah korang. Seterusnya, bolehlah bagi jiran 2 botol jus buah Tropicana Twister bersama kad ucapan tadi. Mudahkan?

Sebelum bagi jiran, pastikan korang tulis ucapan dari hati berserta nama tau. Barulah jiran korang tau siapa yang bagi Tropicana Pek Jiran tu…

Peluang menang RM1,000

Bukan tu je, korang dengan jiran pun berpeluang untuk menang RM1,000 setiap seorang kalau menyertai cabaran Tropicana Trivia Jiran. Apa yang korang perlu buat hanyalah cabar sejauh mana korang kenal antara satu sama lain.

Kalau korang belum kenal sesama sendiri, inilah masanya untuk kenal jiran secara lebih mendalam. Kalau korang dah kenal sangat jiran tu, peluang korang untuk menang RM1,000 terbuka luas!

Berbuka dengan jus buah Tropicana Twister juga memberikan korang kesegaran berganda melalui keenakan jus oren dan vitamin C yang terkandung dalam setiap tegukan.

Dapatkan jus buah Tropicana Twister hari ini melalui Happy Fresh dan klik SINI serta follow Facebook dan Instagram Tropicana untuk mengetahui promosi dan update terkini produk mereka.

Jom kita sebarkan rasa sayang buat jiran-jiran korang pada Ramadan kali ini!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×