berita

6 Tahun ‘Stop’ Guna Media Sosial, Remaja Lelaki Dapat Hadiah RM7.5k

March 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Wio News

Berkat kesabaran seorang remaja tidak menggunakan media sosial selama enam tahun membuahkan hasil apabila dia menerima ganjaran daripada ibunya berjumlah AS$1,800 (anggaran RM7,558.20).

Wanita dikenali sebagai Lorna Goldstrand Klefsaas berasal dari negeri Minnesota, Amerika Syarikat memberikan ganjaran lumayan tersebut kepada anak lelakinya, Sivert Klefsaas ketika menyambut ulang tahun yang ke-18.

Dapat ganjaran lumayan

Foto: Wio News

Memetik laporan media tempatan, wanita berkenaan sudah berjanji akan memberikan ganjaran seperti mana yang telah dipersetujui dan cabaran tersebut bermula pada tahun 2016.

Pemuda ini berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan menjauhkan diri daripada media sosial dan ibunya turut mendokumentasikan keseluruhan cabaran tersebut.

Enam tahun lalu, saya tawarkan wang AS$1,800 (anggaran RM7,558.20) kepada Sivert untuk menjauhkan diri daripada media sosial sehingga dia berusia 18 tahun.

Walaupun wang itu adalah banyak untuk kanak-kanak berusia 12 tahun tetapi tidak kepada remaja 18 tahun, namun dia tetap meneruskan perjanjian kami.

Selepas dengar di radio

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, wanita ini memulakan cabaran ini selepas terdengar mengenainya di radio. Sebelum ini, dia mendakwa pernah melihat anak perempuannya terlalu obses dengan aplikasi Snapchat sehingga memberi kesan terhadap emosinya.

Dia akan berusia 18 tahun esok. Dia akan mendapat wang berkenaan termasuk akaun baharu di aplikasi Instagram, Snapchat dan Twitter. Untuk pengetahuan anda semua, ia adalah wang paling berguna pernah saya belanjakan

Sumber: Wio News

SKIP THIS AD ×