berita

Letih & Mengantuk Setiap Hari? Ini 6 Tips Mudah Untuk Korang Dapat Tidur Yang Berkualiti

April 17th, 2019 | by Ai
Kini Trendy

jom tidur

Hey girls! Korang mesti nak cantik kan? Tapi korang selalu lupa yang tidur yang cukup pun salah satu benda penting untuk kekal cantik dan bertenaga. Tidur tak cukup ni antara punca breakout tau! So meh sini sis Katy share tips mudah tidur malam. So, takdelah esoknya lemau tak bersemangat.

1. Jauhkan dari skrin handphone korang

jauhkan phone korang

First thing first, korang kena jauhkan diri daripada skrin handphone sekurang-kurangnya 30 minit sebelum korang tidur. Skrin smua jenis gadget okay bukan phone je! Cahaya biru dari skrin tu akan akan ganggu pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang diperlukan untuk korang tidur nyenyak.

Make sure korang disiplin bab ni ye. Kalau tak, memang payah la korang nak tidur.

2. Baca buku

baca buku sebelum tidur

Daripada main handphone better korang baca buku. Enam minit pun dah cukup wey! Sebab dengan 6 minit tu dah dapat kurangkan stress dalam tubuh badan korang dan boleh menenangkan saraf tau! Kalau dapat baca sampai tertidur lagi bagus.

3. Buat jadual untuk hari esok

buat jadual untuk esok

Korang boleh listkan apa yang korang nak buat esok dalam planner atau buku nota. So, bila sampai je office korang dah tahu apa yang nak kena buat. Hidup harus lah ada perancangan yang bijak okay girls!

4. Bersyukur dan berterima kasih

bersyukur

Tuliskan at least satu perkara yang korang bersyukur setiap hari sebelum tidur. Jadikan ini sebagai rutin korang untuk bantu menjalani hidup yang happy and fun. Kata-kata positif jugak boleh tolong korang untuk tidur dengan lebih tenang.

5. Take care of your hygiene

take care your hygiene girl

Gurlsss, ni wajib okay! Nak tak nak kenalah basuh muka dan berus gigi sebelum tidur. Tapi kalau korang nak tidur lena, lagi elok korang mandi dengan air panas. Korang lebih selesa dengan suhu panas dan confirm lagi cepat mengantuk.

6. Tidur pada waktu yang sama setiap hari

Sebagai orang dewasa, korang disyorkan untuk tidur selama 6 hingga 10 jam setiap hari. Cari masa yang sesuai untuk korang jadikan sebagai waktu tidur . Korang boleh set alarm sejam sebelum tidur untuk remind rutin tidur korang.

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

SKIP THIS AD ×