Rumah perlindungan Baitus Solehah di Skudai, Johor hari ini menjalani ujian saringan Covid-19 terhadap semua pekerja dan penghuni disitu. Memetik laporan Bernama, seramai 67 orang termasuk penghuni dan pekerja disahkan positif selepas ujian saringan pertama dijalankan.
Punca masih dalam siasatan
Menurut pengurus Baitus Solehah iaitu Muna Liza Ismail memaklumkan antara yang disahkan positif termasuk 22 bayi berusia antara 10 hari hingga setahun. Selain, 37 orang remaja dan wanita berumur dalam lingkungan 15 hingga 32 tahun.
Saya meminta maaf kepada mereka yang terkesan. Ketika ini, semua penghuni yang positif telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan Hospital Permai di sini.
Dari mana punca COVID-19 di Baitus Solehah ini masih dalam siasatan. Kami tidak keluar ke mana-mana, hanya ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Kami juga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard termasuk memakai pelitup hidung dan penjarakkan fizikal.
Namun bagaimanapun, pihak KKM masih meneliti punca tersebarnya virus berkenaan di Baitus Solehah berdasarkan keterangan yang diberikan pengurus rumah perlindungan itu.
Kata Muna Liza lagi, kes positif COVID-19 mula dikesan di rumah perlindungan berkenaan pada 28 Jan lalu apabila seorang daripada penghuni memaklumkan dirinya berasa lemah sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
Doakan kami kuat
Sedih dan hiba
https://www.facebook.com/mak.liza/videos/4059009607470386
Sumber: BERNAMA