berita

7 Jawapan Lelaki Bila Perempuan Tanya #AwakKatMana

March 9th, 2015 | by Ai
Kini Trending

long-distance-relationship-advice

Pernah tak korang terfikir kenapa Taufiq Batisah terfikir nak buat lagu Awak Kat Mana? Kalau dengar betul-betul liriknya, ia menunjukkan betapa fedup seorang lelaki apabila girlfriend banyak tanya.

Tapi, tak semua lelaki yang fedup itu akan marah teman wanitanya. Nak tahu tak apa lagi jawapan klisè seorang jejaka bergelar boyfriend kepada awek dia? Let’s check this out!

Saya Dalam Hati Awak Sayang

giphy

Haa, ini paling klise sekali. Konon-konon romantiklah ni? Biasanya lelaki akan keluarkan ayat ini untuk lembutkan hati wanita.

Ada sesiapa pernah terkena jawapan super ikhlas ni?

Tengah Bina Jambatan Dari Hati Saya Ke Hati Awak

tumblr_njvb8dHC3N1rpwhvdo1_500

Pergh! Ni lagi romantik beb. Mana nak dapat boyfriend yang sanggup bina jambatan khas untuk korang.

Maka, awek-awek seperti kami pun akan merasakan bahawa dialah boyfriend paling sweet dalam dunia.

Saya Dimana Mana

anigif_enhanced-676-1413839891-11

Bila boyfriend korang dah jawab macam ni, maknanya korang dah boleh fikir sama ada boyfriend korang cakap korang gila hingga terbayang dia dimana-mana atau boyfriend korang malas nak layan.

Cari Duit Nak Pinang Awak

161485095_1423497924

Untuk manusia yang dah tak sabar nak kahwin seperti kami, pastinya kami tak akan ganggu dah boyfriend kami.

Mana taknya, nampak seperti dah bersungguh-sungguh dia nak kahwin dengan aku. LOL!

Ada Kat Masjid

758b

Inilah calon menantu dan bakal suami yang paling ideal. Dari jawapan dah tau dapat bimbing korang #tilljannah.

Cari Calon Madu Untuk Awak

gambar-suami-berpoligami

Sekali sekala, bolehlah boyfriend korang nak acah-acah sweet. Tapi kalau dah 10 kali sehari tanya #AwakKatMana, memang inilah jawapan paling tulus boleh didengari dari mulut kaum lelaki.

Kau Dah Kenapa Asyik Tanya #AwakKatMana

tumblr_inline_n9dkmv5Pc11s3jj0t

Macam pernah dengar kan ayat kat atas tu? Itulah lirik lagu Taufiq Batisah. Sebenarnya, kalau boleh boyfriend korang memang nak cakap ayat ni kat korang.

Tapi, sabar ajelah labu, kata pun sayang kan.

SKIP THIS AD ×