berita

7 Perkara Yang Boleh Buat Korang Sakit Kepala Menjelang Aidilfitiri

June 29th, 2016 | by Mastura
Make-It-Senang

ezgif.com-optimize (3)

Pejam celik, pejam celik sekejap je rasanya kita berpuasa kan? Sedih nak tinggalkan bulan ramadan yang mulia ni, insyaaallah tahun depan ramadan akan kembali.

Chopp! maksudnya dah nak raya la kan? Alamak banyak benda nak kene fikir ni persiapan itu ini, kuih itu ini dan macam-macam lagi la. Sempat tak rasanya nak settlekan semua ni.

Arghh! stress pulak nak fikir. Korang rasa mana yang korang tak nak pening kepala menjelang raya tahun ni? Kami harap korang bertenang yer. Baca elok-elok sebab kami kongsi jalan penyelesian buat kita semua kalau tak nak pening-pening.

1- Kereta rosak la pulak!

ezgif.com-optimize (4)

Paling sakit hati bila nak balik kampung, tapi kereta dah mula menunjukkan ragamnya. Tak boleh start la, temperature naiklah, gear jammed lah. Mana taknya, kereta tu pakai daripada zaman bujang sampai sekarang dah anak 4, alangkah bestnya kalau dapat kereta baru…

Berita baik buat korang semua sebab boleh dapat pembiayaan sehingga 100% serta boleh menang Duit Raya bernilai lebih RM100,000. Perghh serius ni, memang boleh la gantikan kereta yang sudah banyak berjasa tu.

He..He..He dengan Pembiayaan Kenderaan-i & Pembiayan Motosikal-i saja yang boleh merealisasikan impian korang nak pakai kereta baru raya tahun ni.

Screen Shot 2016-06-29 at 10.21.16 AM

P/S: Jangan cakap-kuat-kuat takut nanti si ‘dia’ dengar terus tak boleh nak gerak ke mana-mana. 

2-Nak raya dekat mana tahun ni?

blik giphy

Perkara ni sering berlaku bila nak buat keputusan balik raya, benda dah dibincangkan dan dipersetujui tapi kadang-kadang tu tak pernah berjaya kan? Alih-alih beraya la di rumah sendiri tak balik ke kampung.

Memang kadang-kadang si isteri tak bersuara bab membuat keputusan tapi korang sebagai suami kenalah faham jiwa seorang anak.

3- Isteri minta perabot baru, langsir baru dan….

ezgif.com-optimize (8)

Dah nama pun hari raya, dah mestilah semua nak serba baru. Bukan sengaja nak bagi isteri terlalu manja untuk demand macam-macam. Tapi, sekali sekala rasa juga nak mewahkan keluarga.

Rumah cantik, elok dipandang tetamu nanti dan lagipun bukan tukar setiap tahun kan. Kalau isteri iri dengan jiran sebab tukar langsir, jangan la korang layankan. Ha..Ha..Ha.

Screen Shot 2016-06-29 at 10.20.54 AM

So para suami jangan pening kepala sebab dengan Kad Kredit-i Bank Rakyat korang boleh buat bayaran ansuran secara fleksibel untuk 24 bulan tau.

Bukan tu saja, korang juga boleh mendapat Perlindungan Takaful untuk keluarga secara PERCUMA serta berpeluang menang hadiah bernilai lebih RM100,000.

4-Nak pilih baju raya dengan beli kuih raya

pilih giphy

Pekara yang boleh menyebalkan bila tibanya syawal, susah nak pilih baju raya. Dah la nak ke tempat shopping pun susah parking, jalan sesak, orang ramai, dan macam-macam lagi la bila nak masuknya syawal ni.

Huih! korang faham-fahamlah bila namanya sale bukan orang yang nak raya je yang bershopping. Semua bangsa pun turut merayakan sale tu tak kira melayu, india, cina, dan macam-macam lagi.

5- Alamak! Mana nak korek duit raya ni…?

thinking giphy

Ni lagi satu perkara yang bila fikir memang boleh sakit kepala juga la, iaitu duit raya. Dengan anak buah berderet, anak menakan isteri, belum anak sendiri lagi.. Erm… Siapa boleh bantu nak dapatkan pembiayaan peribadi ni?
Bukan apa, lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan. So kalau dah ada pembiayaan peribadi ni lepas raya pun boleh la tersenyum tak perlu nak pening-pening kepala.
Mudah je dengan Pembiayaan Peribadi-i korang berpeluang menang hadiah bernilai lebih RM100,000
Screen Shot 2016-06-29 at 10.20.34 AM

6- Cuti terpaksa dipendekkan #lastminute

cuti cancel

Seterusnya, korang mesti berharap untuk tidak terkena panggilan hangit daripada pejabat HR yang mengutuskan korang untuk tidak dapat bercuti panjang raya ni. Ha..Ha..Ha memang harapanlah nak beraya rumah kekasih hati buat yang bujang tu.

Alamak! siapa nak bantu mak dengan ayah bakor lemang dekat kampung, waktu ni la mula menitis air mata syawal. Sabor ye kome, raya kan sebulan.

7- Aih… Anak pun request macam-macam tapi baik bawa pi Program Pecah Tabung

sad giphy

Huh! Si kecil pun tak nak kalah dengan mak dia.  Dah siap-siap tunjuk tabung raya tahun lepas yang dah penuh. Eh..jangan korang pula yang guna duit tabung anak korang untuk buat belanja. Kan lebih baik kalau laburkan simpanan diorang tu bersama Bank Rakyat Malaysia.

Sebelum nak simpan duit anak-anak tu apa kata korang bawa anak korang untuk sertai Program Pecah Tabung secara serentak seluruh negara yang akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada 13 Ogos 2016.

Screen Shot 2016-06-29 at 10.20.06 AM

Selain main pecah-pecah tabung, anak korang juga boleh sertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Bank Rakyat Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ketahui di portal rasmi Bank Rakyat Malaysia.

So apa tunggu lagi, banyak pakej yang boleh menghilangkan pening kepala menjelang hari raya tahun ni kan? Pilih mana-mana pakej istimewa musim perayaan dan Ceria Beraya la tahun ni kome!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×