Memang sifat perempuan kalau dah sayang, takkan ada jejaka yang lebih baik dari si dia. Datanglah jejaka sekacak Brad Pit, pasti ditolak juga. Tak ada chemistry katanya.
Tapi, biasalah, masa bercinta, segalanya manis. Mana taknya, kalau si dia kentut bau telur rebus pun seboleh-bolehnya dikatanya wangi. Tak gitu?
Namun apabila sudah berkahwin, masa inilah terbuka pintu-pintu rahsia encik suami yang mungkin tidak akan dijangka oleh para-para isteri. Nak tahu apa?
Sebenarnya, Anda Telah Dimadukan Dari Awal Lagi
Siapa kata anda tak ada potensi untuk dimadukan? Tunggu saja lepas beberapa minggu diijabkabulkan, anda akan sedar bahawa anda bermadu dengan kereta dan motornya.
Mintak Bunga Dikatanya Cekik Darah
Amboi, masa bercinta dulu, lautan api pun sanggup dia renang. Kalau boleh setiap hari hantar mawar merah ke office.
Sekarang, bukan kata hari ibu, kalau birthday korang minta bunga, haa jangan pelik kalau encik suami tanya, ‘Awak nak cekik darah saya ke?‘ hehe.
Call 5 Minit Dah Cukup Baik
Masa bercinta, bergayut sampai 5 jam. Apabila dah berumahtangga, suami korang hanya akan call 5 minit sahaja. Itupun nak tanya tentang anak-anak. Betul tak?
Six Pact No More
Kalau dulu si dia seorang yang sports freak, perutnya, semasa zaman bujang, six-packed kan? Hmm, jangan terkejut kalau selepas kahwin, perutnya berbonjol enam.
Suruh Isteri Balik Kerja Sendiri
‘Boleh balik naik LRT tak? Jalan jem macam sardin ni‘. Haa, apa nak jawab kalau encik suami dah cakap macam ni. Terima jela dik, dah nasib badan.
Walaupun Kau Masak Makanan Kegemaran Dia, Air Tangan Ibu Tetap Jadi Pujaan
Tolonglah jangan kecil hati kalau balik rumah mertua suami makan macam korang tak pernah masak seminggu.
Air tangan ibu tetap jadi pujaan hati suami tau! Ibu ratu hatilah katakan.
Dia Terima Anda Seadanya. Tetapi….
Walau apapun sifat dan perangai suami korang, dia tetap mencintai dan menerima anda seadanya… walaupun Neelofa tetap menjadi wanita paling gorgeous di dunia baginya. Haha!
p/s: Hanya sekadar menceriakan petang korang yang mendung hari ini. Enjoy!