berita

7 Selebriti Antarabangsa Model Pakaian Dalam

July 6th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Dewasa ini terdapat pelbagai jenama pakaian dalam yang diperkenalkan di pasaran antarabangsa. Kesemuanya menampilkan selebriti-selebriti yang bertubuh sasa dan montok sebagai salah satu strategi pemasaran yang efektif. Selain itu, pemilihan kesemua selebriti ini sebagai model pakaian dalam jenama terkenal adalah berdasarkan populariti mereka di mata peminat.

Antara 7 selebriti antarabangsa yang diangkat sebagai model pakaian dalam adalah:

Megan Fox

Megan Fox merupakan model pakaian dalam wanita bagi jenama Armani. Menurut pengasas jenama ini iaitu Giorgio Armani, beliau telah memilih Megan Fox sebagai model pakaian wanita jenamanya kerana Megan merupakan selebriti muda yang berperwatakan seksi dan memiliki auranya yang tersendiri.

David Beckham

David Beckham merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal yang telah dipilih menjadi model pakaian dalam lelaki jenama Armani sejak tahun 2007. Seterusnya beliau telah dipilih sebagai model pakaian dalam untuk jenama H&M dan Calvin Klein.

Nelly

Nelly merupakan selebriti untuk model pakaian dalam Sean John. Pemilihan Nelly sebagai model pakaian dalam Sean John adalah kerana beliau memiliki daya tarikan yang tersendiri terutama bahagian susuk tubuhnya yang sasa.

Victoria Beckham

Victoria juga merupakan salah seorang selebriti antarabangsa yang diangkat sebagai model pakaian dalam wanita.Victoria pernah bersama-sama suaminya menjadi model jenama Armani.

Jennifer Love Hewitt

Jennifer Love Hewitt merupakan salah seorang selebriti wanita yang pernah menjadi model pakaian dalam jenama Hanes pada tahun 2007. Walaupun kini umurnya telah menjangkau 30-an susuk tubuhnya tetap kekal langsing dan menarik.

Eva Mendes

Eva Mendes telah dipilih menjadi model pakaian dalam untuk jenama Calvin Klein pada Julai 2008. Salah satu sebab  mengapa beliau dipilih sebagai model pakaian dalam jenama Calvin Klein  adalah kerana beliau memiliki bentuk badan yang seksi dan menarik.

Rihanna

Rihanna turut tersenarai sebagai model pakaian dalam wanita dan beliau telah menjadi model bagi jenama Armani, selaras dengan selebriti wanita lain seperti Megan Fox dan Victoria Beckham. Walaupun berkulit hitam, itu tidak menjadi penghalang untuk beliau dipilih sebagai model pakaian dalam jenama Armani.

Sumber : Wonderwall.msn.com

SKIP THIS AD ×