Sekadar gambar hiasan
Bagaikan mimpi ngeri buat lapan gadis apabila mereka dipercayai hampir menjadi mangsa cabul ayah kandung sendiri. Kisah yang cukup meruntun hati ini, dikongsikan oleh salah seorang pengikut personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya.
Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…
Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami
Artikel Berkaitan: ‘Tak Sekolah, Trauma & Hampir Gila…’ – Kanak-Kanak Perempuan Jadi Mangsa 6 Adik Beradik ‘Durjana’ Melepaskan Nafsu!
Ayah saya seorang pedofil
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian tersebut, gadis ini mendakwa mereka adik-beradik hampir menjadi mangsa cabul bapanya sendiri. Apa yang lebih mengejutkan, apabila si ibu seolah-olah tidak percaya dengan dakwaan tersebut dan menyatakan adiknya hanya bermimpi ketika itu.
Hampir semua kena cabul dengan ayah. Sejak haritu semua orang pun buka cerita apa yang ayah pernah buat. Mak ugut nak bunuh diri kalau kami report polis. Masa tu kami semua masih muda. Tak tahu nak minta pertolongan siapa. Kami bertahan sampai kami habis belajar dan pesan adik-adik jaga diri sendiri. Kami betul-betul tak tahu nak buat apa.
Mengulas lebih lanjut, gadis ini turut akui buntu dengan apa yang telah terjadi ditambah pula sikap ayahnya yang dipercayai seorang pedofil dan tidak bertanggungjawab.
Bila dia tahu kami semua dah tahu perbuatan dia. Dia ugut tak bagi duit belanja untuk kami belajar waktu tu sangat gelap buat kami, hanya serah diri pada Tuhan.
Mak suruh maafkan ayah dan taat kat ayah
Sekadar gambar hiasan
Walaupun masa sudah berlalu, dan adik-beradiknya yang lain sudah mendirikan rumah tangga namun, insiden tersebut masih menjadi mimpi ngeri buat mereka lapan beradik.
Sekarang mak masih dengan ayah. Mak suruh maafkan ayah dan taat kat ayah. Ayah? Berubah?
Apa yang lebih menyedihkan, apabila ibu tersayang diuji dengan penyakit strok dan ayahnya sempat ‘bomohkan’ isteri sendiri dengan harapan boleh membuatkan keluarga mereka bahagia. Bukan itu sahaja, si suami juga turut mendakwa isterinya mempunyai skandal lain.
Adik lelaki saya cerita sebelum mak kena strok. Ayah jumpa bomoh, minta bomoh ‘bo*oh*an’ mak. Ayah paksa pujuk adik lelaki letak sesuatu dalam minyak masak kat rumah. Adik saya ikut sebab ayah kata kat dia ‘ini untuk keluarga kita bahagia’
Saya tunggu adik-adik keluar jauh dari abah. Saya beli rumah untuk mak duduk. Supaya hidup dia tak terabai. Ayah dah jual semua harta pusaka dia dan balik rumah isteri pertama dia.
Mengulas lebih lanjut, bapanya juga dipercayai sama sekali tidak meninggalkan harta buat mereka adik-beradik yang ditinggalkan hanyalah trauma dan hutang.
Sumber: Fedtri Yahya