berita

8 Jenis Pokok Hidup Sesuai Diletakkan Dalam Bilik Tidur Untuk Tenangkan Fikiran

May 15th, 2020 | by Amat Larbsib
Kesihatan & Hidup Aktif

Selepas balik dari kerja sudah tentu kita keletihan dan kadang-kadang sukar untuk dapat tidur yang lena di sebelah malam. Satu kajian NASA menunjukkan pokok hidup yang diletakkan dalam kamar mampu menenangkan fikiran kita. Malah, pokok-pokok itu juga dapat meningkatkan kualiti tidur.

Pengguna Facebook Huda Zainal kongsikan lapan jenis pokok hidup yang sesuai diletakkan di dalam bilik tidur anda. Sudah tentu pokok-pokok ini mudah untuk dijaga.

Areca Palm

Areca palm mampu membersihkan udara dalam bilik tidur dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan memberi kesan supaya mudah bernafas. Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang kerap selesema, bersin dan sinus.

Aloe Vera

Menurut dalam kajian NASA, aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam. Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur. Paling penting, pokok aloe vera sangat mudah dijaga.

Ivy Plant

Satu kajian yang di buat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati pokok ivy mampu menyingkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam.

Sangat bagus untuk individu yang kerap bersin di waktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.

Garbera Daisy

Garbera bukan hanya mampu membersihkan udara namun menaikkan seri bilik. Warna-warni garbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri. Emosi yang positif sebelum tidur memberi kepuasan ketika tidur.

Jasmine

Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang wangi. Namun, menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine meningkat tahap kualiti tidur.

Lavender

Sukar untuk tidur, bergolek kiri kanan namun masih belum mampu tidur. Haruman lavender sangat membantu kerana haruman lavender merupakan agen penenang kepada otak. Lebih tenang, maka lebih mudah untuk tertidur.

Snake Plant

Pokok hidup yang paling popular bukan hanya kerana mudah dijaga namun, kerana kebaikan yang diberi pada manusia.

Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya membebaskan oksigen tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin beracun dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.

Peace Lily

Pokok bunga lily bukan hanya membersihkan udara, namun mampu menyingkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara. Sangat bagus untuk yang menghadapi kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.

Habis PKPB ini jom serbu nursery pokok. Kita shopping pokok-pokok hidup untuk dalam bilik tidur. Ingat kualiti tidur mampu mempengaruhi kesihatan dan memberi mood yang baik pada diri.

Sumber: Huda Zainal