berita

8 Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman ‘Durian Runtuh’. Cuba Baca No 4, Bertuah Betul!

December 21st, 2017 | by Epul
Make-It-Senang

Apa perasaan korang bila dapat sesuatu yang tak disangka-sangka? Mesti terkejut dan macam tak boleh tidur bila fikir balik “betul ke apa yang aku dapat ni?”. Well, itulah namanya ‘durian runtuh’ guys… Antara 10 orang, mungkin sorang je yang akan bertuah. Semuanya bergantung pada rezeki, jadi jangan mudah iri hati okay?

Kalau korang tak pernah dapat ‘durian runtuh’, tak apa… Jom kita baca pengalaman mereka yang pernah dapat rezeki sekelepuk jatuh depan mata ni… Mana tau esok lusa rezeki korang pulak kan?

1. “Pecahkan telur nak sarapan, tak sangka dapat 2 kuning telur”

Haritu beli telur dan barang-barang dapur kat pasar raya area rumah. So, pagi ni nak acah-acah sarapan telur hancur. Sumpah terkejut bila pecahkan telur, dapat dua kuning telur dalam satu telur. Apa maknanya ni? Saya pun search kat internet, banyak orang kata saya bernasib baik sebab dapat keuntungan berganda! – Anis, 30

2. “Simpan duit, dapat pelepasan cukai lepas tu RM1,000 lagi dari cabutan hadiah!

Setiap bulan saya simpan RM100 dalam satu skim simpanan pendidikan ni nama dia SSPN-i Plus untuk anak-anak masa depan nanti. Dah start kena fikir sebab penting jugak, diorang mesti nak masuk universiti nanti. Best jugak skim ni sebab dia bagi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000. Baru-baru ni PTPTN ada buat cabutan hadiah dan semalam saya dapat surat dari diorang dan rupanya saya menang RM1,000! Pakcik kayo! – Wan, 29

3. Beli kereta, dapat lagi satu kereta dari cabutan bertuah. Buy 1 Free 1 eh?

Lama dah mengidam nak beli kereta ni, 3 tahun pergi balik kerja naik tren je. Kumpul duit pun dah lama. Bulan lepas keluar la kereta idaman hasil bersabar selama 3 tahun. Masa pergi event hujung minggu lepas, ada la cabutan bertuah. Saja join, kot-kot menang. Sekali dapat hadiah utama, dah ada dua kereta sekarang! – Megat, 26

4. Ingat takde apa-apa dalam akaun bank, bila check ada RM14,000 wang tak dituntut

Haritu ada masalah pada kad kredit, saya pun pergi check kat bank. Kat bank tu ada akaun lama dan rasanya takde apa-apa amaun dalam tu. Cuma ada baki duit biasiswa masa sekolah dulu. Sumpah terkejut bila check rupanya ada RM14,000 baki wang tak dituntut. Tak sangka hebat juga duit beranak kan? – Idah Basri, 50-an

5. “Jadi pembeli yang ke-1000, dapat pulak baucer makanan percuma”

Saya memang dah lama tunggu kedai tu bukak. Bila dengar je grand opening Sabtu lepas, kitorang beratur lah nak beli. Tak sangka betul diorang rupanya ada sediakan hadiah istimewa iaitu baucer makanan percuma untuk pembeli ke-1000. Dapat beli makanan favourite, dapat lagi baucer makan kat situ freeBestnya hidup ni! – Food Hunter

6. “Tak pernah missed hadiah dan tempat pertama masa sekolah, tak sangka SPM dapat lagi 10A”

Saya bukanlah dikategorikan sebagai budak pandai tapi Alhamdulillah tiap kali Hari Kecemerlangan Pelajar masa sekolah saya selalu naik pentas atas pencapaian terbaik. Semua tu berkat sokongan family, kawan-kawan dan cikgu jugak. Jadi, saya teruskan semangat belajar sampailah dapat result idaman iaitu 10A masa SPM. Memang tak sangka! – Zuhri, 23

7. “Beli 1 phone online, tapi bila sampai dapat 2. Lagi 1 rupanya hadiah saguhati”

Phone saya rosak sebab adik campak-campak haritu. Bengang punya pasal saya terus beli baru kat laman web beli-belah online. Semalam barang baru tu sampai. Bila bukak bungkusan ada dua phone dalam tu! Mula-mula pelik jugak sebab saya beli satu je, ingatkan diorang salah bungkus. Rupanya lagi satu tu hadiah saguhati sebab jadi pelanggan setia lebih 5 tahun! – Hanis, 24

8. “Tak sia-sia jadi best student, orang bagi duit lagi sebagai tanda tahniah”

Lepas SPM, saya tak dapat peluang masuk universiti lagi jadi terus sambung STPM atas sokongan family. Masa tu, memang cuba buat yang terbaik demi nak masuk universiti. Alhamdulillah, result saya dapat memang tak sangka. Hasil belajar bertungkus-lumus rupanya diberi penghargaan jugak oleh Sultan Selangor sebab jadi best student dan dapat RM3,000 lagi atas pencapaian terbaik STPM. Ni lah kenangan paling terindah – Hasrul, 23

Nak dapat ‘durian runtuh’ jugak?

Jelesnya dengan diorang semua kan? Well, guess what? Korang pun boleh dapat ‘durian runtuh’ jugak kalau bukak akaun SSPN-i Plus dari PTPTN untuk kegunaan anak-anak di masa depan! Tak percaya? Bukan tu je, korang juga akan dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000! Nak tau korang layak ke tak? Baca syarat ni…

  • Ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa dan tambahan RM6,000 lagi bagi sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful bagi kategori pelepasan Insuran Nyawa dan KWSP
  • Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i Plus berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM6,000.00 setiap seorang setahun;
  • Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i Plus berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun; dan
  • Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

Tunggu apa lagi? Jom buka akaun SSPN-i Plus dari PTPTN sekarang! Layari laman web PTPTN untuk maklumat lanjut… ‘Durian runtuh’ menanti korang!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×