Seorang remaja perempuan di Parit Buntar maut apabila seluruh badannya melecur dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Pantai Kuala Kurau, awal pagi tadi.
Artikel berkaitan: Anak ‘Durjana’ Bakar Rumah Sebab Bapa Tak Belikan Motosikal
Artikel berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Kantoi Bawa Balik Teman Wanita, Suami Sanggup Bakar Isteri Sendiri
Maut ketika dikejarkan ke hospital
Foto: Berita Harian
Leng Li Zhee yang berumur 13 tahun merupakan mangsa yang melecur keseluruhan badan akibat kebakaran tersebut dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, seorang lagi wanita didapati cedera selepas terjun dari tingkat atas rumah untuk menyelamatkan diri. Wanita tersebut didapati patah kaki akibat terjun dari tingkat atas. Superintendan Mazuki Mat juga menyatakan bahawa terdapat lapan orang yang terlibat dengan kejadian kebakaran ini termasuklah dua bayi perempuan yang berusia dua bulan dan 18 bulan yang berada di tingkat atas rumah berkenaan semasa kebakaran ini berlaku.
Berdasarkan maklumat saksi, kebakaran dipercayai berlaku dari bahagian bawah rumah lalu merebak ke tingkat atas
Itulah penjelasan Superintendan Mazuki Mat selepas beliau dapat mengumpul maklumat dari saksi. Beliau juga menyatakan bahawa seorang daripada mangsa menceritakan bahawa dia terdengar bunyi letupan beberapa kali dan sebaik sahaja menyedari asap mula semakin banyak, mangsa mula menjerit memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan mereka terpaksa keluar melalui tingkap dari tingkat atas yang turut dibantu oleh orang awam dan pihak bomba.
Operasi menyelamat mengambil masa tiga jam
Foto: Harian Metro
Operasi menyelamat dan memadam api mengambil masa lebih tiga jam. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihak mereka mendapat panggilan mengenai kebakaran ini pada pukul 12.56 tengah malam tadi dan operasi ditamatkan pada pukul 4.05 pagi tadi.
Mangsa yang maut itu pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat pagi ini manakala mangsa yang mengalami patah kaki ditempatkan di wad hospital sama untuk menerima rawatan yang lebih lanjut.
Sumber: Harian Metro