berita

9 Bulan Terpisah Jalani Latihan, Sambung PKP, Anggota Polis Buat Kejutan Di Gerai Ibu

June 15th, 2020 | by faris
Video Popular

Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang terkesan secara langsung apabila terpisah dengan orang tersayang. Seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis menanggung rindu selama 9 bulan sebelum dapat bertemu mata dengan ibunya.

Buat kejutan di gerai nasi lemak

https://www.instagram.com/p/CBcSPQgHDyY/

Video berdurasi 2 minit 19 saat berkenaan dimuatnaik di Instagram Friends of PDRM mendapat lebih 20 ribu tontonan dalam masa 2 jam. Lelaki itu pada mulanya berlakon mahu menjadi pembeli di gerai nasi lemak ibunya sambil dirakam video oleh seorang lagi rakan.

Detik menyentuh hati itu tambah sayu apabila lelaki itu mengaku ‘Makcik, saya ni anak makcik’, sebelum si ibu menyedari dan terkejut. Dua beranak berkenaan kemudiannya berpelukan melepaskan rindu setelah 9 bulan terpisah. Difahamkan, anggota polis berkenaan menjalani latihan dalam pusat latihan polis selama 6 bulan sebelum menjalani PKP 3 bulan.

Sumber: fopdrm

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×