berita

9 Jenis Member Yang Korang Tak Nak Pergi Holiday Sama-sama

April 25th, 2016 | by Mastura
Kini Trending

13045664_10156825718135402_1586323433_n

Holiday ni korang nak pergi mana? Mesti dah ramai yang plan nak pergi sana sini. Bestnya! Untung la kalau korang dah plan tu kami doakan selamat pergi dan pulang okay. Kalau ada extra cenderamata tu boleh la bagi sikit, cewah gurau je.

Ni kami saja nak usik korang, nak tanya sikit pasal member korang tu. Mesti dalam korang berkawan tu,mesti tahu dan dah masak dengan perangai masing-masing kan?

Tapi korang tau tak ada jenis-jenis member ni kalau boleh jangan bawak pergi holiday sama takut nanti korang yang pening. So member korang jenis yang macam mana?

1. Hangat-Hangat tahi ayamkrik giphy

Selalu jadi benda ni, bila planning ramai je yang respond. Sembang gitu gini nak book tiket la, bagi idea lokasi nak pergi la, research tempat makan la, end up kau je yang bersungguh sampai kadang-kadang tu daripada ramai tingal kau bertiga je yang pergi akhirnya.

2. Jenis berkiraberkira giphy

Jenis kawan yang macam ni pun ada jugak, kalau boleh semua nak ‘payung’. Bukan nak berkira tapi kalau dah tau nak pergi bercuti tu pandai-pandaila nak budget.

Haish kalau selalu sangat berkira pun susah nanti, nak tak nak kenalah belajar ikhlaskan. Korang punya member ada tak yang macam ni?

3. Acah-acah divadiva giphy

Yang ni memang agak melampau la dan annoying, tapi kadang-kadang jenis ni menghiburkan. Nak feeling diva katanya, awak tu jangan nak diva sangat la sebab kalau dah sampai tempat baru tu kena hadap je la sampai habis holiday.

Kalau tak tahan boleh beli tiket balik semula ke tanah air.

4. Insta- Famousinsta famous giphy

Bila bercuti seperti biasa akan ada banyak sesi tangkap gambar. Paling common la, mesti gambar tiket flight, gambar sayap flight lepas tu gambar landing time dan banyak lagi.

Dah tangkap mula la sesi upload gambar, kami tak kisah tapi kalau dah setiap saat kau nak upload apa masalah kau ni?! Kalau nak rakamkan saat bercuti pastikan jangan nak feeling insta-famous pulak. #kangakucampaktelefonkau

5. Kaki dengkurdengkur giphy

Ni lagi satu perangai yang sangat memalukan. Mugkin ada yang beranggapan ia penyakit, tapi kalau boleh jangan sebab dengkuran nyauman ni cemarkan mood percutian korang.

Bukan tak boleh nak ajak bercuti, tapi jangan bagi member ni tidur dekat tempat public, nanti korang pulak yang segan. Nak tidur pastikan korang bawak penyumbat telinga barulah ketenangan percutian jadi milik korang.

 6. Suka bagi arahanplanner giphy

Memang tak dinafikan dalam satu kumpulan korang tu ada yang dominan kan?, tapi kadang-kadang golongan ni sebenarnya memudahkan. Betul tak? Sebab depa ni rajin sikit nak buat kerja-kerja management ni.

Kalau nak jalan jauh pastikan jangan bagi dia dominan sangat, kalau tak percutian korang akan jadi macam rombongan sekolah rendah yang dah ada jadualnya.

7. Juri makanjuri makan giphy

Kami ada seorang yang jenis suka sangat jadi juri makanan, memang bagus tapi kalau boleh buat review sendiri je la kot. Tak perlu nak kecoh satu meja sebab tekak orang lain-lain.

Kalau korang terpaksa bawak member yang jenis macam ni make sure sediakan garam gula dekat poket seluar. Kalau kurang, apa lagi kau cilikan je mulut dia tu.

8. Kaki komplencerewt giphy

Member jenis ni sama macam yang diva tu, bezanya yang ni asyik nak komplen benda yang remeh temeh je sampaikan boleh sakit telinga dengar dia bercakap. So baik ditinggal je, tak pun jangan ajak holiday baru tenang agaknya percutian korang tu nanti.

9. Holiday setahunezgif.com-optimize (1)

Kami pun tak faham la dengan yang jenis ni, mungkin tak pernah bercuti langsung seumur hidup. Kalau boleh semua perabot dalam bilik dia tu nak dibawaknya. Kalau member korang ada yang macam ni elok suruh berkawan dengan member yang dominan tadi sebab confirm settle isu bag ni.

Pilih 9 orang yang korang rasa elok perangainya untuk holiday bersama…100-Plus-design-page-001-1

Wow! macam ramai je, boleh ke ni? Mestilah boleh sebab 100 PLUS sekarang ni masih mencari pemenang bertuah untuk ke Brazil. Yang paling best tu penajaan akan diberikan kepada korang dan 9 member korang yang happening tu. Hebat tak hebat?

So macam mana nak dapat peluang berharga ni? Senang je kalau korang nak tau. Mula-mula kena sisi borang peraduan yang korang boleh dapat di 100 PLUS Dahagakan Bola, lepas tu jawab 2 soalan yang sangat mudah. Terma dan syarat macam biasa boleh korang dapat melalui laman sesawang 100 Plus.

Kalau tak ada peluang ke Brazil jangan risau sebab ada hadiah lain menanti, macam 12 buah televison Panasonic 65 inci, dan 1000 helai jersi Adidas untuk korang yang bertuah. Jadi jangan tunggu lagi sebab peraduan ni dah bermula sejak 11 April lalu.So cepat-cepat, holiday ke Brazil ke kita? korang tentukan.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×