berita

9 Perangai Tipikal Orang Kita Di Majlis Jamuan Makan Free, Mana 1 Korang?

July 21st, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

raya1.1

Sebut pasal majlis atau jamuan percuma, mesti ramai yang suka nak pergi. Lagi-lagi musim perayaan ni. Apa taknya, kalau dah dapat makan free, memang bestlah! Dapat pulak kambing panggang, nasi minyak, ayam masak merah, uishhhh memang panjang kalau nak listkan.

Kami share 9 perangai tipikal orang kita bila di jamuan percuma. Bukan nak mengata atau nak mengaibkan sesiapa, tapi boleh jadi muhasabah dan panduan untuk kita jugak. Jom baca!

Siapa tak suka makan free

KUALA LUMPUR 27 JULY 2015. Sebahagian daripada tetamu hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Majlis jamuan.
Rumah terbuka.
Kenduri keraian.
Makan percuma.

Orang Melayu memang pantang dengan 2 benda ni. Makan dan percuma. Semua makanan akan menjadi sedap jika ia percuma. Kaya atau miskin, tua atau muda, semua suka makanan percuma.

Tak salah suka makan percuma. Yelah, siapa yang tak suka pada barang percuma, lebih-lebih lagi makanan. Tak kira ketika majlis jamuan menyambut hari lahir, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri keraian seperti perkahwinan dan kesyukuran dan sebagainya, jika ada peluang untuk mendapat makanan percuma, pasti kita tidak akan ketinggalan untuk lepaskan peluang tersebut.

2 jenis manusia yang biasa kita jumpa…

raya3

(sekadar gambar hiasan)

Ada 2 jenis manusia yang kita biasa jumpa di jamuan makan percuma ini. Satu jenis yang bersabar dan makan sekadar isi perut sahaja. Jenis kedua yang menjadi masalah ini adalah manusia yang penuh dengan sikap pentingkan diri. Ya, PENTINGKAN DIRI. Berikut adalah beberapa jenis manusia pentingkan diri yang biasa wujud di jamuan makan percuma ini:

1. Tamak-man.
Tamak-man ni memang tamak haloba. Dia ingat semua makanan yang ada tu memang dibuat khas untuk perut dia seorang. Sekali ambik langsung tak ingat orang belakang. Satu pinggan penuh nasi, ayam 4 ketul, daging kambing bakar 5 keping, ikan 3 ekor, sate 15 cucuk. Makanan yang tu pun dia tak sentuh lagi dia dah pergi ambil makanan lain. Atas meja sampai 2 3 pinggan. Pastu makan tak habis, tinggal membazir atas meja macam tu je. Nak hilangkan rasa bersalah, buat-buat offer kat orang sebelah. Sebab ada ramai manusia tamak-man macam dia, makanan cepat habis dan ramai orang belakang tak dapat makan.

2. Gelabah-man.
Gelabah-man ni dia memang gelabah nak mampus. Semua benda dia nak makan, dan sebab dia takut habis, dia akan cari kawan-kawan dia yang tengah beratur nak ambil makanan, lepas tu buat-buat macam tengah berborak last-last terus potong barisan. Orang lain beratur dekat 15 minit nak ambil makanan, dia sedap-sedap je potong queue.

Pemalas dan tukang tapau

raya4

(sekadar gambar hiasan)

3. Pemalas-man.
Pemalas-man ni lebih kurang macam gelabah-man juga, cuma bezanya dia pemalas. Punyalah malas nak beratur dan ambil makanan. Modus operandi dia cuma cari kawan dia yang tengah beratur lepas tu kirim, “Eh, kau ambil lebih sikit, aku cop tempat”. Lepas kawan-kawan dia semua dah datang kat meja, dia kutip semua makanan dari pinggan orang lain masuk dalam pinggan dia. Setiap kali kawan dia bangun nak ambil makanan, dia akan kirim lagi.

4. Tapau-man.
Tapau-man ni dia dah set dalam kepala hotak dia kena ambil lebih untuk ditapau bawak balik sama ada untuk makan kat rumah atau bagi anak bini makan sekali. So setiap kali dia ambil makanan dia akan ambil lebih, lepas tu tapau lebihan masuk bekas atau plastik. Bukan tak boleh tapau tapi tunggu la majlis habis, ini belum apa-apa dah nak tapau dulu.

Pernah sekali di kiosk pisang, orang lain semua ambil sebiji dua pisang, dia terus ambil 3 sisir pisang. Bila kawan tanya nak buat apa ambil banyak-banyak, dia cakap balik rumah boleh buat goreng pisang. Kepala hotak dia. Dahnya ada orang belakang tak dapat sebab dah habis.

Sorok makanan atau lambat topup

raya5

(sekadar gambar hiasan)

5. Kroni-man.
Kroni-man ni macam celaka sikit. Dia ada kawan di kalangan AJK jamuan. Di kala orang lain beratur menunggu giliran untuk ambil makanan, dia tunggu kat dapur atau tempat masak je. Kalau seorang dua kroni tu boleh terima lagi, ini dekat 10 20 orang tunggu kat dapur. Orang lain kena beratur 20 minit kat kiosk satay, kena pula tunggu 10 minit nak tunggu trip satay baru datang sebab kat kiosk dah habis, dia sedap je ambil terus dari tempat orang bakar satay kat belakang sebab tukang bakar satay tu kawan dia, ambil banyak pulak tu.

6. Sorok-man.
Sorok-man biasanya adalah dari kalangan AJK jamuan itu sendiri. Makanan yang diperuntukkan biasa banyak, tapi mereka sengaja keluarkan sikit-sikit kat atas kiosk. Lepas stok makanan kat kiosk dah habis, dia sengaja top-up lambat-lambat supaya orang ingat dah habis. Lepas jamuan dah habis, banyak gila makanan lebihan lalu mereka pun tapau stok makanan yang diorang sorok untuk sendiri bawa balik atau diberi pada kroni.

Dah makan, pinggan letak merata-rata

raya7

7. Kotor-man
Kotor-man ini seperti mana namanya, adalah seorang yang pengotor. Lepas ambil makanan banyak-banyak, tinggal semua sisa pinggan cawan polisterin dia atas meja sedangkan beg sampah disediakan tak jauh dari 10 kaki dari tempat dia makan. Tisu, plastik, semua benda yang dia sudah gunakan dibuang sahaja merata-rata dengan mindset dalam kepala hotak “Kalau aku buang kat tong sampah nanti cleaner dah takde kerja”.

8. Lembab-man
Lembab-man ni aku tak tahu lah apa masalahnya tapi memang betul-betul lembab terutama masa tengah beratur nak ambil makanan kat kiosk. Belek ayam je dah 5 minit nak cari kepak la peha la, lepas tu belek ikan, belek daging, belek sayur, belek kuah, belek kuih, dengan nasi-nasi pun nak dibeleknya. Dah lah makan free, memilih pulak tu. Dah lah memilih, lembab pulak tu.

Suka lepak lama lepas makan

raya8

(sekadar gambar hiasan)

9. Lepak-man
Lepak-man pula jenis muka tebal tak reti bahasa suka lepak lama-lama kat meja selepas habis makan masih berborak-borak bersembang-sembang berbual-bual kosong macam membincangkan masalah dunia sedangkan ramai lagi tetamu lain tengah berdiri menunggu meja yang kosong untuk makan. Dah habis makan tu terus bangun blah la bagi orang lain pula duduk. Common sense la sikit.

Ambil lah makanan sekadar yang kita perlu makan, bukan ambil makanan ikut kepala nafsu. Ini baru cerita pasal jamuan makan percuma, belum lagi pasal benda lain.

Kesimpulannya, bukan tak bagus menghadiri majlis jamuan raya atau sebagainya, tapi sikap dan tingkah laku kita tu yang kena betulkan. Memang semuanya ada tukang cuci dan tukang kemas, tapi sebagai manusia biasa, adab kita kena jaga. Jangan main bedal tak tentu pasal, lepas tu buat tak tahu je. OK geng?

Sumber: Buasir Otak

SKIP THIS AD ×