berita

8 Perkara Tentang #ABPBH2014 Ini Bakal Buat Anda Speechless!

April 6th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-04-06 at 8.45.21 AM

Anugerah Bintang Popular Berita Harian telahpun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Shaheizy Sam membawa pulang Anugerah Bintang Paling Popular.

Artikel Berkaitan: Bintang Paling Popular BH 2014 Milik Shaheizy Sam

Tapi, antara sedar atau tidak, banyak perkara yang kita sendiri terlepas pandang. Mujur ada Twitter, dapat juga kami recap perkara-perkara pelik yang terjadi di pentas #ABPBH2014.

Tak tahu nak kata lucu, pelik atau jelik. Apa yang pasti, korang mesti speechless punya!

Kritikan Pak Nil Bawa Tuah

Screen Shot 2015-04-06 at 1.49.19 AM

Seperti yang kita sedia maklum, Pak Nil sebelum ini pernah mengkritik sistem pengundian #ABPBH yang masih menggunakan surat khabar sebagai medium rasmi.

Artikel Berkaitan: Cara Undian ABPBH Ketinggalan Zaman – Pak Nil

Boleh tahan pedas juga kritikan Pak Nil. Tapi, siapa sangka, Pak Nil tetap menang bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular tahun ini. Inilah yang dinamakan tuah. Hihi.

Siti Elizad Tetap Berkepit Dengan Engku Ismail Walupun Dah Nak berkahwin

kyeael

Sejak drama Teman Lelaki Upahan ni meletop-letop di kaca televisyen, kami lihat ramai yang ternanti-nanti kemunculan Engku Ismail dan Siti Elizad disetiap anugerah berprestij.

Walaupun Siti Elizad mengumumkan bakal berkahwin tak lama lagi, ia tetap tak menghalang beliau dari terus berkepit dengan ‘El’ dia tu. Aww~ Romantis!

Sound System Problem Buktikan Cinta Antara Ibu & Anak

Screen Shot 2015-04-06 at 8.43.23 AM

Screen Shot 2015-04-06 at 2.08.11 AM

Korang perasan tak ketika persembahan Atilia dan ibunya, microphone seperti ada masalah sedikit?

Kami pun pelik kenapa tak ada runner yang nak tukar mic yang rosak tu. Tapi, nampaknya Atilia & ibunya bijak mengawal situasi dengan berkongsi microphone. Cayalah!

Rambut Sherry Al Hadad Persis Kak Limah?

Screen Shot 2015-04-06 at 2.12.37 AM

Screen Shot 2015-04-06 at 2.10.59 AM

Haipp! Ni bukan kami yang pandai-pandai buat statement tau! Ini orang lain yang kata. Kononnya, rambut Sherry Al Hadad persis Kak Limah. Betul ke?

Lady Didie Dah Macam Kek Bergerak

Screen Shot 2015-04-06 at 1.19.28 AM

Tak dinafikan, fesyen pelik Didie Alias sentiasa menarik perhatian ramai. Kami sendiri pun tak jangka yang Didie akan berpakaian ala-ala kek perkahwinan bergerak malam tadi.

Siap ada bunga ros ‘frosting’ atas kepala lagi.

Gaya Tuala Mandi Adira

Screen Shot 2015-04-06 at 2.09.40 AM

Screen Shot 2015-04-06 at 2.14.23 AM Screen Shot 2015-04-06 at 2.14.38 AM

Sebenarnya, tak adalah pelik sangat fesyen Adira malam tadi. Cuma, turban yang dipakai nampak seperti tuala yang diikat atas kepala selepas mandi.

Ingatkan kami je yang perasan, sekali tengok Twitter ramai yang turut merasakan apa yang kami rasa.

Dayang Nurfaizah Persis Storm X-Man

dayang

Screen Shot 2015-04-06 at 2.10.37 AM Screen Shot 2015-04-06 at 2.10.15 AM

Pada mulanya, kami tak ada nampak apa yang tak kena pada Dayang Nurfaizah ni. Namun, apabila kami terbaca tweet adik ni, baru kami dapat bayangan watak Storm dalam siri X-Man.

Walaupun tak sama 100 peratus, ada juga irasnya. Tak gitu?

Tunggu Kejutan Hairul Azreen & Hanis Zalikha Bersanding Atas Pentas

Screen Shot 2015-04-06 at 2.07.22 AM

Inilah tweet paling win dengan hashtag #ABPBH2014 malam tadi. Agaknya ramai yang rindu moment Hanis dilamar oleh Hairul diatas pentas Gegar Vaganza kelmarin kot.

Kami di OHBULAN! tetap nak merakamkan beribu tahniah buat pemenang. Yang tak menang cuba lagi tahun depan ya!

SKIP THIS AD ×